Walaupun baru bergelar juara AJL 34,Naim Daniel secara rasmi telah berkongsikan kepada peminat single terbaru beliau, Sembah tengah malam tadi.

Berbeza dengan lagu beliau sebelum ini Adakah Engkau Menungguku yang menampilkan salah seorang ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju, Naim Daniel memilih gitaris legenda Man Keedal untuk muncul dalam lagu baharu beliau. Anda boleh dengar petikan gitar Man Keedal yang hebat mewarnai lagu ini.

Lebih menarik apabila tulisan jawi turut digunakan sebagai video lirik Sembah. Lagu ini sedang trending di tempat #23 laman YouTube Malaysia dan kami yakin, Sembah mampu bertarung di pentas AJL 35 pula tahun hadapan.

Pun begitu, ada juga insan yang tidak senang Naim Daniel menjuarai AJL 34 antaranya Azwan Ali. Walaupun Naim Daniel ‘diserang’ oleh Azwan Ali di Twitter, beliau tenang menjawab kembali makian yang dibuat kepadanya. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Diperlekeh Azwan Ali, Naim Daniel Tenang Jawab Cacian Dengan Penuh Matang

Sumpah Juara Anugerah Juara Lagu 34

Dipuji Netizen, Inilah ‘Makeup Artist’ Di Sebalik Solekan Seram Aepul Drama Band Di Pentas AJL 34