Ketika ini industri muzik tempatan ‘panas’ apabila bekas kekasih Naim Daniel mendakwa karya lagu yang memenangi Anugerah Lagu 34 (AJL 34), Sumpah merupakan karya yang ditulis oleh mereka bersama-sama ketika masih bersama satu ketika dahulu.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Naim Daniel, World Peace Entertainment telah mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan berkenaan tidak berasas dan Naim Daniel kekal sebagai pembuat lagu dan lirik untuk Sumpah. Sekiranya ada bukti kukuh bahawa lagu Sumpah adalah gubahan bersama, pihak World Peace Entertainment sedia membuat penilaian semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun semalam, sedutan klip temu bual antara Naim Daniel dan DJ Nazz untuk segmen Begitu Begini yang dirakam 7 bulan lalu kembali tular memperlihatkan sisi matang Naim Daniel bercerita kisah di sebalik lagu Sumpah.

Dalam temu bual berkenaan, Naim Daniel berkata bahawa lagu Sumpah ini adalah sangat personal baginya. Lagu Sumpah menurut Naim adalah berkait rapat dengan kisah percintaannya yang terhenti di tengah jalan di mana hubungan tersebut ternyata memberi kesan kepada hidupnya ketika itu.

Dalam temu bual itu, tidak langsung sekali Naim menyebut nama bekas kekasihnya dan susun kata Naim sangat tertib. Anda boleh tonton video penuh temu bual ini di bawah.

Apabila tular kembali video ini, peminat ternyata berpihak kepada Naim Daniel dan mahu bekas kekasih Naim move on sahaja dan tidak memperbesarkan lagi isu ini. Apa pun, diharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sejurus selepas dinobat sebagai pemenang AJL 34, Azwan Ali merupakan antara individu yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Naim Daniel. Baca lagi pada pautan di bawah.

Diperlekeh Azwan Ali, Naim Daniel Tenang Jawab Cacian Dengan Penuh Matang

Sumpah Juara Anugerah Juara Lagu 34

Naim Daniel Tampilkan Man Keedal Untuk ‘Single’ Baharu Sembah