Siapa sangka seorang kanak-kanak perempuan yang dilahirkan di sebuah kawasan pendalaman Nador, Maghribi pada 1977 telah menjadi seorang menteri di Perancis.

Kisah hidupnya boleh menjadi inspirasi buat warga dunia terutama pendatang asing yang berhijrah ke negara lain di atas pelbagai sebab demi kesinambungan hidup yang lebih baik.

Malah, ia jadi satu cabaran hebat buat warga tempatan yang berada dalam zon selesa apabila pendatang asing boleh menjadi menteri di tanah air mereka.

Buat permulaan, ini bukan kisah rasis atau agama. Ia mengisahkan kesungguhan seorang kanak-kanak yang memegang status pendatang asing miskin mendapat peluang kedua bagi memperbaiki status keluarganya.

Dia membuktikan orang miskin dari kecil boleh berjaya apabila dewasa kelak. Dia membuktikan pendatang asing juga boleh bersaing dengan warga tempatan.

Bni Chicker, kampung halaman Najat berdekatan Nador, Maghribi
Bni Chicker, kampung halaman Najat berdekatan Nador, Maghribi

Anak kedua Mamma Belkacem dan Ahmed Belkacem dari tujuh orang ini pernah menjadi pengembala binatang ternakan pada usia 4 tahun di kampung halamannya.

Amiens, Perancis
Amiens, Perancis

Pada 1982, ibu, kakak dan Najat berpindah dari Maghribi ke Perancis di sebuah kawasan luar bandar di utara Amiens kerana mengikuti ayahnya yang bekerja sebagai buruh binaan di sana.

Paris Institute of Political Studies
Paris Institute of Political Studies

Najat meminati politik sejak kecil kerana dia menyedari statusnya di Perancis. Jadi, Najat belajar bersungguh-sungguh sehingga bergraduat dengan biayaan biasiswa di Paris Institute of Political Studies pada 2002.

Sejurus selepas tamat belajar, dia yang berusia 26 tahun ketika itu menyertai parti Sosialis. Kurang dari setahun, Najat telah dipilih untuk bekerja dengan datuk bandar Lyon.

Dua tahun kemudian, dia dilantik mengetuai pergerakan untuk memperkasakan demokrasi tempatan, hak rakyat, dan menentang diskriminasi di Regional Council.

Dalam masa yang sama dia bekerja untuk kumpulan kempen ahli Parti Sosialis, Marie-Ségolène Royal.

Dedikasi Najat dalam parti Sosialis telah menyebabkan dia dilantik sebagai councilwoman di Rhone Alpines sehingga 2008. Pada 2008, dia dilantik menjadi Council General.

Najat Vallaud-Belkacem bersama Francois Hollande
Najat Vallaud-Belkacem bersama Francois Hollande

4 tahun selepas itu, Najat dilantik sebagai Menteri Hak Wanita dan jurucakap kerajaan di bawah presiden Francois Hollande.

najat-06

Lebih 30 tahun berhijrah ke Perancis, akhirnya Najat Vallaud-Belkacem adalah wanita pertama yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan Perancis pada 2014.

Najat bukan sahaja menjadi wanita pertama dilantik untuk jawatan tersebut, dia turut menjadi orang Muslim pertama dan orang termuda yang pernah diberi posisi tertinggi tersebut di Perancis.

Dengan latar belakangnya yang sebegitu, tidak mudah bagi Najat untuk berada selesa di dalam politik Perancis. Namun, seseorang yang cekal hati dari kecil tidak akan mudah mengalah.

Anda boleh ambil yang jernih, dan buang yang keruh. Hanya adaptasi inspirasi nilai positif daripada kisah hidup dan kerjayanya.