Enam negara membelanjakan lebih USD$750,000 (RM3.4 juta) di hotel Washington milik bekas presiden Donald Trump semasa beliau memegang tampuk pimpinan AS pada 2017 dan 2018, menurut laporan jawatankuasa kongres.
Memetik laporan MalaysiaNow, perbelanjaan itu dibuat oleh pegawai dari China, Malaysia, Qatar, Arab Saudi, Turki, dan Emiriah Arab Bersatu. Ia dilampirkan dalam laporan oleh Jawatankuasa Pemantauan Dewan, yang memperoleh dokumen daripada Mazars USA, bekas firma perakaunan Trump.
Carolyn Maloney, seorang Demokrat dari New York yang mempengerusikan jawatankuasa tersebut berkata bahawa dokumen itu mendedahkan bahawa pegawai dari pelbagai negara menginap di hotel milik Trump, “mereka berusaha untuk mempengaruhi dasar luar Amerika.”
1. Najib Razak and his entourage spent $259,724 at a hotel owned by ex-US president Donald Trump in 2017, according to a US congressional report.
The report says Najib stayed at the hotel for $10,000 per night.
He also spent $8,000 on lunches and $1,500 on a personal trainer. pic.twitter.com/c9ElUteGgb
— BFM News (@NewsBFM) November 15, 2022
Dokumen-dokumen itu, tambah Maloney, “dengan tajam mempersoalkan sejauh mana Presiden Trump dipandu oleh kepentingan kewangan peribadinya semasa memegang jawatan dan bukannya kepentingan untuk rakyat Amerika.”
Menurut jawatankuasa itu, sejumlah AS$259,724 (RM1.19 juta) dibelanjakan di hotel Trump pada September 2017 oleh perdana menteri ketika itu Najib Razak dan rombongannya.
Najib menginap di suite presiden hotel itu dengan bayaran AS$10,000 satu malam, kata jawatankuasa itu, membelanjakan AS$44,562 selama tiga hari dan AS$1,500 lagi untuk jurulatih peribadi.
Pada masa itu, Najib sedang disiasat oleh Jabatan Kehakiman AS atas peranannya dalam skandal 1MDB.
Laporan itu turut menyebut bahawa pegawai dari Arab Saudi dan UAE juga membelanjakan ratusan ribu dolar di Hotel Trump pada 2017 dan 2018, manakala kerajaan Turki dan China membelanjakan jumlah yang lebih rendah.