Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri yang kini dipenjara 12 tahun kerana penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd kini sedang menjalani rawatan dan pemantauan lanjutan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

“Selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara dan peruntukan di bawah Akta tersebut serta United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners (Mandela Rules), pihak Jabatan Penjara telah menghantar Dato’ Sri Najib ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan di sana.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Dato’ Sri Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.

“Dato’ Sri Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” kata jabatan itu.

Semalam tular di media sosial apabila sebuah akaun Twitter mendakwa bahawa Najib – yang dirujuk dengan nama kod merpati – menerima layanan istimewa sepanjang beliau berada di penjara.

Turut mempersoalkan layanan istimewa tersebut adalah Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa tulisan-tulisan di Facebook Najib tidak menggambarkan keadaan kesihatannya yang teruk dan mempunyai akses bebas kepada dunia luar.