Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan melibatkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta berkait SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dikenakan ke atasnya sebelum ini.

Dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mula menyampaikan keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula jam 10.18 pagi tadi dan hanya berakhir selepas dua jam dibacakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan MalaysiaKini, hakim menjelaskan pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan sekaligus pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah.

“Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah atas ketujuh-tujuh pertuduhan,” katanya,” kata hakim.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan tenang sewaktu keputusan tersebut dibacakan oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebentar tadi.

Untuk rekod, menurut Harian Metro Najib Razak mula didakwa untuk kesemua pertuduhan tersebut di mahkamah bermula 4 Julai 2018 dengan perbicaraan selama 58 hari bermula pada 3 April 2019.

Bakal berjumpa di mahkamah rayuan

Terdahulu, Najib Razak dalam satu hantaran yang dibuat di Facebooknya pada malam semalam menegaskan beliau sememangnya sudah bersedia dengan apa sekali keputusan yang dijatuhkan hari ini.

Menurutnya ini juga adalah peluang untuk beliau kembali membersihkan namanya daripada pertuduhan tersebut seperti yang pernah dikatakannya sejak hari pertama.

“Walau apa pun keputusannya esok (hari ini) di Mahkamah Tinggi, ia tidak berakhir di sini. Sekiranya didapati tidak bersalah, sudah tentu pihak pendakwa raya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Sebaliknya jika keputusan di Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada saya, sudah tentu saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang adil oleh panel tiga hakim dan bukan seorang hakim seperti keputusan esok (hari ini),” jelas beliau dalam hantaran tersebut.

Buat anda yang ketinggalan, Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor sebelum ini juga pernah membuat kemunculan dalam siri dokumentari yang mengisahkan dakwaan terhadap mereka. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Najib Razak Dan Isteri Bakal Muncul Dalam Siri Dokumentari ‘Dirty Money’ Di Netflix?

Beg Tangan Rosak, Rosmah Mahu Kerajaan Bayar Ganti Rugi Atau Gantikan Dengan Yang Baharu

Barang Rampasan Di Kediaman Najib Razak Bernilai Sekitar RM1.1 Billion

Sumber