Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta untuk kesemua tujuh pertuduhan dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keputusan yang dibuat hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau memutuskan demikian selepas mendapati Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, sebelum ini Najib dalam rayuannya bersumpah sebagai orang Islam beliau bersaksi kepada Allah bahawa beliau tidak meminta, tidak merancang atau ditawarkan RM42 juta itu. Beliau juga berkata, bersaksi kepada Allah tidak tahu mengenai jumlah wang itu.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pada Isnin ini.

Berikut adalah kebimbangan netizen terhadap penyokong Najib Razak yang hadir memberi sokongan kepada Najib Razak di mahkamah. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tiada Penjarakan Sosial Daripada Penyokong Najib, Netizen Jangka ‘Kluster Bossku’ Dalam Pembikinan

Najib Razak Didapati Bersalah Kesemua 7 Pertuduhan Berkait Dana RM42 Juta Milik SRC