Google Malaysia semalam berkongsikan senarai tahunan ‘Setahun dalam Carian Malaysia’ yang telah memperlihatkan pelbagai carian trending sepanjang 12 bulan yang lalu yang menawarkan perspektif lebih mendalam terhadap carian-carian internet unik pada tahun 2018.

Mengambil tempat teratas ialah ‘World Cup’, kejohanan bola sepak yang berlaku empat tahun sekali yang berlangsung di Moscow selama empat minggu. Tahun pilihan raya bersejarah kita memperlihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapat tempat kedua disebabkan oleh para pengundi yang memeriksa status mereka dan juga keputusan pilihan raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas SPR, Astro Awani, sebuah saluran dan halaman berita, turut menduduki senarai tersebut – ia meraih populariti sebagai sumber berita utama sebelum, semasa dan selepas PRU-14. Tempat 5 teratas dilengkapkan dengan siri drama menyayat hati ‘Lafazkan Kalimah Cintaku’ dan drama Cina era zaman dahulu ‘延禧攻略 (Kisah Istana Yanxi)’.

Sementara itu, carian tempat pertama untuk individu jatuh kepada bekas Perdana Menteri ‘Najib Razak’ selepas perubahan kerajaan penuh bersejarah yang diikuti oleh penyiasatan panjang dalam pendakwaan penyelewengannya.

Jibby

Tempat kedua dan ketiga jatuh kepada Perdana Menteri tertua Malaysia dan dunia, ‘Mahathir Mohamad’ dan Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia ‘Syed Saddiq’.

Isteri bekas Perdana Menteri ‘Rosmah Mansor’ muncul di tempat keempat mengalahkan bekas pelakon yang kini menjadi royalti British, ‘Meghan Markle’, mengambil tempat kelima kerana perkahwinannya dengan Putera Harry.

Individu-individu paling trending yang lain merupakan: Pemimpin Pakatan Harapan, ‘Anwar Ibrahim’, Menteri Pertahanan ‘Mat Sabu’, pelakon dan pengarah ‘Farid Kamil’, pemain bola sepak Chile ‘Alexis Sanchez’, dan ahli politik popular ‘Nurul Izzah’.

“Dengan Google Search terus menjadi destinasi untuk pencarian dan penerokaan bertopik bagi rakyat Malaysia, kami menunjukkan trend carian penting, individu popular dan peristiwa besar yang bukan sahaja merumuskan keadaan semasa, tetapi juga buku0buku sejarah kita di masa hadapan,” kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam di Google Malaysia.

Untuk senarai lain carian di Google sepanjang tahun 2018, boleh dilihat di sini. Google turut memuat naik kompilasi carian paling popular di seluruh dunia dalam bentuk video, Year In Search 2018. Apa pula yang bakal popular untuk tahun 2019 nanti?