Pada hampir jam 2 pagi, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mengesahkan melalui Facebook beliau, cebisan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion baru-baru ini adalah milik MH370. Berikut adalah status yang ditulis oleh beliau pada jam 1.56 pagi tentang cebisan yang ditemui di kepulauan milik negara Perancis di Laut India itu.

mh370-01

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
mh370-02
Facebook

Penerbangan MH370 hilang 515 hari lalu pada 8 Mac 2014. Sebahagian cebisan sayap kapal terbang ditemui pada 29 Julai 2015, dan pakar-pakar berspekulasi tentang asal usul cebisan ini – sehinggalah beberapa jam lalu ketika pengumuman dibuat.

Semoga dengan pengumuman ini, lebih banyak penemuan akan ditemui dan diharap dapat mengubati sedikit keresahan ahli keluarga mangsa. Semoga seluruh kisah tentang kehilangan MH370 akan dapat ditemui nanti.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber