Wanita, lumrah mereka untuk sentiasa kelihatan cantik tidak dapat dinafikan. Keyakinan diri akan jadi lebih tinggi apabila seseorang itu kelihatan cantik. Manakala mata yang memandang, akan selalu tenggelam kerana kecantikan selalu membunuh mereka yang terpesona.

Tetapi untuk menjadi cantik, kadang-kadang ia memakan diri sendiri. Ini semua disebabkan sikap obses kita pada kecantikan. Pandangan kita pada kecantikan terlalu tinggi sehingga kita sanggup untuk melakukan apa sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara cara yang selalu digunakan oleh mereka untuk menjadi cantik adalah dengan suntikan whitening drip. Ia adalah suntikan yang menjadi popular di kalangan para remaja selepas tular pada 2016 apabila banyak golongan selebriti yang menggunakan kaedah ini.

Nama lain bagi whitenning drip adalah β€˜suntikan vitamin C’. Ia adalah satu proses di mana akan memberi kesan bagi memutih dan menegangkan kulit serta melambatkan penuaan.

Dengan kos sebanyak RM180.00, para wanita selalu terjebak dalam perkhidmatan ini dan lebih mengejut ada yang cuba melakukan suntikan ini dengan sendiri.

Keghairahan untuk kelihatan cantik menyebabkan ramai yang sanggup berhabis duit untuk melakukan suntikan ini.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, para pengamal perubatan memberi amaran bahawa terdapat beberapa produk whitening drip yang mengandungi glutation – salah satu bahan kimia yang digunakan untuk rawatan kanser.

Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) melaporkan bahawaΒ  suntikan kulit mampu menimbulkan risiko kepada tahap kesihatan mereka.

Manakala FDA Filipina berkata suntikan secara kerap mampu untuk memberi kesan sampingan kepada beberapa penyakit serius.

Obses kepada kecantikan adalah masalah psikologi

Untuk kelihatan cantik adalah misi setiap manusia. Tetapi untuk kelihatan cantik sehingga sanggup melakukan apa sahaja, ia mampu untuk memudaratkan seseorang.

Sikap obses kita pada sesuatu perkara sehingga kita lupa untuk memandang sudut lain dalam kehidupan.

Renee Engeln, seorang profesor dalam bidang psikologi dan pengarah kepada Body And Media Lab di Northwestern University, berhujah bahawa obsesi kita dengan kecantikan adalah penyakit psikologi yang dipanggil Beauty Sick.

Di dalam bukunya yang bertajuk Beauty Sick : How the Cultural Obsession With Appearance Hurts Girls and Women, beliau merujuk kepada suatu tenaga emosi – baik atau buruk – apabila seseorang memandang diri mereka sendiri di hadapan cermin sehingga menjadi sukar untuk mereka melihat aspek lain dalam kehidupan.

image
Business Insider

Beauty Sick adalah rasa bimbang tentang rupa paras diri sendiri sehingga ia mengganggu emosi seseorang.

Beliau menyatakan bahawa media sosial memainkan peranan dalam memberi perspektif berbeza tentang kecantikan sehingga mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja – termasuk pembedahan plastik.

Dalam kajian yang dilakukan oleh beliau, lebih 82% wanita membandingkan diri mereka dengan para model dengan cara yang tidak baik. Manakala 70% yang lain percaya mereka akan dilayan dengan baik jika mereka mempunyai rupa paras yang cantik.

Melalui penyelidikannya juga, Engeln turut mendapati bahawa tidak kira setinggi mana seseorang wanita itu mempunyai latar belakang dalam pendidikan, kebanyakkan daripada mereka tidak pernah gembira dengan kulit yang mereka miliki.

kndepression1204web
Today Online

Tetapi masalah Beauty Sick ini tidak hanya berlegar di kalangan kaum wanita sahaja, kaum lelaki juga mempunyai masalah yang sama. Tetapi ianya tidaklah sebesar kaum wanita di mana hampir 80% daripada mereka sudah menjalani pembedahan plastik.

Untuk menangani masalah obses kepada kecantikan, seseorang itu perlu untuk berhenti daripada melihat sisi lemah penampilannya. Tetapi jika ia benar-benar dalam masalah, Engeln mencadangkan untuk mereka lebih bersikap terbuka dan berbincang dengan rakan atau orang terdekat.

Cara lain adalah untuk mengurangkan masa kita di media sosial. Kurangkan membaca perkara-perkara yang mampu untuk menjatuhkan keyakinan diri kita sendiri. Lebihkan membaca bahan ilmiah yang mampu untuk meningkatkan produktiviti kita.

Dan terakhir, kurangkan meletak jangkaan yang besar kepada diri kita sendiri kerana apabila orang gagal melihat apa yang kita mahu mereka lihat, ia mampu untuk mengecewakan kita.

Perlu diingat, kecantikan tidak hanya terletak pada wajah. Di sini kami kepilkan sisi lain kecantikan yang mungkin anda terlepas pandang. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pengalaman ‘Insaf’ Menikmati Kecantikan Air Terjun Di Laos Dan Roti Nan RM210

Anda Pasti Tertawan Dengan Kecantikan G-SHOCK X Robert Geller ‘Midnight In Tokyo’ Ini

Jurugambar Pamerkan Kecantikan Sebenar Bandar-Bandar ‘Berhantu’ Di Seluruh Dunia