Minat dengan ilmu pelaburan hartanah? Nama-nama di bawah adalah antara ikon-ikon hartanah yang paling popular di tanah air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Like/Follow akaun Facebook mereka dan anda akan dapat pelbagai tip dan info hartanah secara percuma!
 

  1. Faizul Ridzuan
     

     
    Antara ikon hartanah berbangsa Melayu paling legend di Malaysia. Beliau membeli 23 hartanah dalam masa 5 tahun, dengan hanya bermodalkan RM2,000.

    Hebat bukan? Saya nak beli satu hartanah pun ambil masa bertahun. Hahaha.

    Buku tulisan beliau, ‘WTF? 23 Properties By 30’ telah mula dipasarkan pada tahun 2012 boleh didapati di kebanyakan kedai buku berhampiran.

    Akaun Facebook: Faizul Ridzuan

  2.  

  3. Abang Ensem
     

     
    Okay… saya tau anda mesti ingat saya bergurau. Pertama kali saya dengar nickname beliau pun saya rasa begitu.

    Nama sebenar beliau ialah Meor Zai Dee Meor Ahmad Rasdi.

    Bekas penjawat bank ini terjebak secara tidak sengaja di dalam pasaran hartanah pada penghujung 1998 dan sehingga kini telah pun memiliki beberapa buah rumah yang disewakan. Antara lokasi hartanah pilihan beliau ialah di sekitar UiTM, Shah Alam dan Universiti Malaya.

    Blog beliau pernah memenangi anugerah seperti ‘Favourite Business Blog 2013’ dan ‘Malaysia Best Business Blog 2014’.

    Betul ke dia hensem? Maaf, saya tak boleh nak jawab. :)

    Akaun Facebook: Abang Ensem

  4.  

  5. Zaidi Ismail
     

     
    Beliau berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan kini menetap di Bangsar, Kuala Lumpur.

    Khabarnya beliau menjadi jutawan seawal usia 32 tahun!

    Wow! Ini baru betul-betul, Rembau most wanted!

    Tuan Zaidi Ismail ialah seorang pakar dalam teknik hartanah ‘sublet’. Tahu apa itu ‘sublet’? ‘Sublet’ bermaksud menyewakan semula rumah kepunyaan orang lain yang anda sewa.

    Beliau juga menguruskan sesi kaunseling kewangan dan pelaburan menerusi syarikat miliknya, Urus Insan Sdn Bhd.

    Akaun Facebook: Zaidi Ismail

  6.  

     
    Ramai lagi ikon-ikon hartanah tanah air yang anda boleh ikuti melalui Facebook. Saya akan kongsikan dalam artikel yang seterusnya.

    Nantikan bahagian kedua!