Percayalah sepenuh hati bahawa rezeki di tangan Allah. Bukan di tangan manusia.

Dua hari lepas saya bertembung dengan seorang sahabat yang lama tidak ditemui.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sembang punya sembang, saya terkejut bila beliau bagitahu yang beliau telah berhenti kerja sebelum ini. Jawatan itu agak glamorous dan gaji beliau juga sudah mencecah 5 angka dan mengenali beliau, prospek untuk naik pangkat lebih tinggi itu sangat cerah.

Kenapa beliau berhenti?

Beliau membuka cerita.

Satu hari, bosnya meminta beliau membuat satu perkara yang melanggar peraturan. Perkara itu meletakkan dirinya dalam dilema.

Patutkah arahan itu dipenuhi? Kalau dipatuhi, beliau akan berada dalam “good book” bosnya.

Tetapi tiba-tiba beliau teringat kepada anak beliau yang baru sahaja meninggal tahun sebelumnya.

Beliau terfikir, “Kalau aku buat macam ni, macam mana aku nak jumpa anak aku semula kat syurga nanti. Aku nak masuk syurga, aku nak jumpa anak aku balik.” Beliau sampai ke tahap terus ke kubur anaknya dan bermonolog berseorangan mengenai hal ini.

Beliau kembali dan memaklumkan pada bos yang beliau tidak setuju.

Tindakan itu mengakibatkan beliau tidak disukai bosnya dan di “cold storage”-kan. Yang menyebabkan beliau tergerak untuk berhenti adalah apabila bosnya berkata, “Lepas 3 bulan, mesti kau cari aku balik merayu dan minta maaf.”

Beliau nekad. Apa nak jadi, jadilah.

Rezeki bukan di tangan manusia. Ianya di tangan Allah.

Beliau menyediakan perancangan perniagaannya dan terus berhenti kerja hujung Februari 2016 lalu. Mac 2016 menyaksikan fasa baru hidupnya.

Kuasa Allah, dalam tempoh 3 bulan sahaja, perniagannya berkembang pesat dan beliau berjaya mencatat jualan jutaan ringgit.

Bulan lepas, Julai 2016, beliau membeli sebuah kereta Vellfire berharga setengah juta secara tunai.

Lebih cantik lagi, beliau membuat satu usaha kebajikan atas nama anak beliau, dan membelanjakan hampir setengah juta.

Ujar beliau, “Kalau saya tak berniaga hari tu, mungkin tak mampu nak belanja sebesar ini untuk kebajikan.”

Seorang ayah yang penyayang. Seorang peniaga yang bijak. Seorang manusia yang mulia. Seorang hamba Allah yang bertakwa.

Terima kasih atas inspirasi yang diberi.