Jika anda pembaca setia The Vocket, anda pasti pernah membawa tentang kisah ‘gila’ lelaki bernama Keow Wee Loong atau KiWi ini.

Sebelum ini, beliau pernah ke Fukushima, Jepun untuk melihat keadaan kawasan tersebut selepas insiden logi nuklear dan hasilkan gambar photoshoot kahwin hebat dengan baju RM80.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

KiWi merupakan seorang individu yang sukakan adventure dan mencuba sesuatu yang baharu dan seminggu lalu, beliau nekad untuk jalan kaki dari Kuala Lumpur ke Ipoh dengan hanya RM6 dalam dompet.

https://www.instagram.com/p/CE0awpNJTa5/

“Sebenarnya keputusan ini saya buat secara random dan sebelum mulakan perjalanan, saya habiskan duit tersebut dengan beli kentang goreng di McDonald’s. Selepas itu, saya mulakan langkah dan mahu lihat sejauh mana saya mampu berjalan dengan kaki saya ini,” kata KiWi.

KiWi berjalan sekitar 30KM setiap hari dan menurutnya, beliau tidak kisah tentang makanan kerana ada sahaja minuman bersih yang boleh diminum di hentian rehat tetapi rakyat Malaysia ramai yang prihatin dan menghulurkan makanan dan minuman kepada beliau tanpa dipinta.

https://www.instagram.com/p/CE6lHUtJBE6/

“Sepanjang saya berjalan, ramai orang Malaysia yang beri saya roti dan macam-macam lagi. Mungkin mereka tidak biasa lihat orang berjalan kaki di jalanan dan mahu bantu mana yang perlu. Macam abang Hazli mahu beri RM50, tetapi saya tolak kerana saya tidak mahukan wang. Cukup sekadar roti sebagai tenaga untuk sambung perjalanan,” kata KiWi.

Abang Wan, kawan baru yang pemurah dan tidak boleh lihat orang lain susah

Antara individu yang paling diingati oleh KiWi sepanjang perjalanan beliau ini ialah Abang Wan. KiWi bertemu abang Wan di hentian rehat & rawat (R&R) Tapah. KiWi pada mulanya hanya berkongsi cerita tentang kehidupan beliau dan kenapa beliau berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

“Tapi bila dah bersembang kami jadi macam kawan. Tiba-tiba abang Wan keluarkan wang dan jumlahnya bukan sedikit, RM400. Dia ‘paksa’ saya simpan wang itu sebagai backup kalau jadi apa-apa dan boleh bayar semula pada dia bila jumpa di KL nanti. Tapi saya tolak dengan cara baik. Sampai sekarang saya masih berhubung dengan abang Wan dan anggap dia macam abang saya ketika ini.

“Dan benar orang kata jauh perjalanan, luas pandangan. Kalau saya tak buat benda ini, saya tidak jumpa orang Malaysia yang baik hati dan rakan baharu seperti abang Wan dan ramai lagi individu lain yang saya jumpa sepanjang perjalanan. Mula-mula strangers dan terus jadi kawan,” kata Kiwi.

“Sebenarnya saya buat ‘kerja gila’ ini adalah kerana saya mengalami depresi dan mahu menenangkan fikiran. Saya telah sakiti hati wanita yang saya sayangi tanpa sedar. Namanya Lim Siang Hui. Saya minta maaf jika ada kata-kata saya yang sakiti hati kamu. Memang saya akui depresi ini sesuatu yang bahaya kerana boleh jejaskan kesedaran seseorang dan saya harap dia baca permohonan maaf saya ini,” tambah KiWi.

gadisku dalam koma
KiWi bersama kekasih hati, Lim Siang Hui

Seronok lihat rakyat Malaysia prihatin tidak kira bangsa

Bagi KiWi, pengalaman berjalan kaki ini adalah sesuatu yang beliau tidak akan lupa sampai bila-bila. “Saya suka bila dapat rasai pengalaman ini sendiri. Kita semua dapat hidup baik antara satu sama yang lain. Sebab kita kan rakyat Malaysia?”

“Untuk anda yang baca kisah saya ini, saya berharap kita dapat buat baik dengan orang di sekeliling kita. Saya percaya bila kita buat baik, kita akan terima balasan yang baik,” kata KiWi mengakhiri perbualan dengan The Vocket.

KiWi sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai apabila beliau dengan beraninya memanjat bangunan pencakar langit di seluruh dunia antaranya Marina 101 (Dubai), Shanghai 101 (China) dan The Exchange 106 (Kuala Lumpur). Baca lagi kisahnya pada pautan di bawah.

Cerita Belakang Tabir 3 Pemuda Malaysia Panjat Bangunan 101 Tingkat Di Dubai

Siapakah KiWi, Rakyat Malaysia Yang Menceroboh Zon Terlarang Fukushima Di Jepun

Dengan Baju Berharga Hanya RM80 Pemuda Ini Hasilkan Gambar Kahwin Padu