Seorang kanak-kanak telah ditinggalkan di stesen minyak oleh ibu bapanya sendiri bersama-sama dengan sepucuk surat disebabkan kelakukan yang terlalu nakal dan suka mencuri, lapor Kompas.

Kejadian yang berlaku di Pangkalan Kuras, Riau, Indonesia tersebut sebelum ini viral di media sosial apabila dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kanak-kanak berusia 10 tahun tersebut memakai jaket merah dan mengalami luka di bahagian kiri wajah, dia ditemui oleh orang ramai bersama-sama dengan sepucuk surat.

“Nak, maaf mama ya? Terpaksa saya tinggalkan kamu di jalan kerana saya tidak sanggup melihat kamu menderita atau terseksa kerana kenakalanmu, setiap hari kamu cari masalah. Maafkan mama nak, jaga dirimu baik-baik ya,” kata kandungan surat tersebut.

Melalui kenyataan yang dibuat oleh Pegawai Perhubungan Awam Polis, Pelalawan Edy Haryanto, berdasarkan keterangan awal daripada ibu bapanya, kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh ibu bapanya disebabkan terlalu nakal dan suka mencuri.

Bagaimanapun, katanya, jika terbukti betul perbuatan kanak-kanak tersebut, ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan mereka, apa lagi meninggalkan mereka di tepi jalan.

“Tindakan kekerasan dan pengabaian bukan perkara wajar berlaku terhadap kanak-kanak bawah umur. Jadi, mereka yang berkaitan akan disiasat,” katanya.

Penderaan Kanak-Kanak

Namun, melalui laporan terbaharu yang diterbitkan oleh Kompas, anak lelaki berusia 10 tahun ini sebenarnya adalah mangsa keganasan rumah tangga, dia didera oleh ayah kandungnya sendiri.

Kekerasan ini dialami oleh mangsa ketika tinggal bersama ibu bapanya di Desa Terantang Manuk, Kabupaten Pangkalan Kuras, Kabupaten Pelalawan, Provinsi Riau.

Kejadian berlaku apabila kanak-kanak berusia 10 tahun tersebut bertindak memukul dua orang adiknya sehingga mereka mengalami bengkak di mata kiri dan hidung.

Ayahnya yang baru pulang dari kerja terkejut dengan tindakan anaknya tersebut, dia tanpa berfikir panjang terus mengambil parang yang berada di atas meja dan memukul mangsa dengan menggunakan hulu parang.

“Pelaku mencubit jari kelingking kiri mangsa. Mangsa sudah menangis, tetapi pelaku masih mencubit jari kelingking dan jari manis mangsa dengan menggunakan hulu parang,” kata Edy Haryanto.

Tidak cukup dengan itu, ayahnya kemudiannya mengambil pula kerusi kayu dan menghentam belakang anak berusia 10 tahun tersebut sebanyak dua kali. Selepas itu ayahnya menyambung memukul mangsa menggunakan hulu parang sehingga cedera di bahagian kiri wajah.

Kerana tidak dapat mengawal emosi mereka, kata Edy, ayahnya mengambil kapak di bawah meja sambil mengancam akan memotong kaki anak itu jika dia meninggalkan rumah. Namun, kejadian itu dileraikan oleh isterinya.

“Isterinya memegang tangan suaminya. Setelah itu, ibunya membawa mangsa pergi dan meninggalkan mangsa di Desa Palas, Kabupaten Pangkalan Kuras,” jelas Edy.

Dijaga oleh Ketua Polis.

Ada hikmah di sebalik keganasan yang dialami oleh anak tersebut. Dia akhirnya dijaga oleh Ketua Polis Pelalawan, AKBP Indra Wijatmiko yang mahu melihat anak itu berjaya di masa depan.

“Sekarang anak itu sudah berada di kediaman rasmi ketua polis. Ibu bapa tidak mahu lagi menjaga anak itu, buktinya adalah bahawa anak itu ditinggalkan di Desa Palas, Kabupaten Pangkalan Kuras,” kata Edy Haryanto.

Dia mengatakan bahawa selain dijaga, anak itu juga akan didaftarkan di sekolah rendah (SD) oleh Ketua Polis Pelalawan. Buat masa ini, mangsa mengalami akan menjalani pemeriksaan psikologi, kerana dia masih trauma akibat diseksa oleh ayah kandungnya sendiri.

“Sekarang Ketua Polis berusaha untuk memulihkan psikologi kanak-kanak itu. Termasuk luka di tubuhnya memerlukan rawatan,” kata Edy.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Polis Lapor Kes Penderaan Anak Ke Atas Ibu Bapa Meningkat Semasa PKP

Pengawal Keselamatan Nepal Didera Warga Tempatan, Kedutaan Nepal Buat Laporan Polis

Suami YouTuber Terkenal Direman Bagi Membantu Siasatan Dakwaan Cuba Mencederakan Isteri