Disney merupakan salah satu pengeluar filem dan siri kartun yang terkemuka di dunia sejak tahun 1923 lagi. Setiap orang dewasa hari ini pasti mempunyai satu atau dua karakter kartun yang cukup diminati dari kecil sehinggalah sekarang.

Baru-baru ini seorang kanak-kanak berusia berasa terkejut dan teruja apabila kedua ibu bapanya membuat kejutan melihat sendiri kereta-kereta filem Disney 3D ‘Cars’ berada di hadapan mata sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@syard_zack15

Speechless…!!! 😅😎 his reaction after saw Cars character in front him at ALL ABOUT WHEELS 2022… CARS were his fav toys and film since 3y/o until now he was 7y/o… #allaboutwheel2022 #cars #lightningmcqueen #mcqueencar #tomica #trending #fyppppppppppppppppppppppp #abcxyz

♬ Life is a Highway – Rascal Flatts

“Tak boleh terungkap dengan kata-kata. Inilah reaksi anak saya selepas melihat karakter ‘Cars’ di hadapan mata semasa acara ALL ABOUT WHEELS 2022 berlangsung.

Cars merupakan mainan dan filem kegemarannya sejak berumur 3 tahun sehingga kini dia berumur 7 tahun,” petik hantaran TikTok @syard_zack15.

Netizen-netizen yang menonton video itu turut sama berasa terharu apabila melihat reaksi budak lelaki tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @syard_zack15
Sumber Gambar: TikTok @syard_zack15
Sumber Gambar: TikTok @syard_zack15
Sumber Gambar: TikTok @syard_zack15
Sumber Gambar: TikTok @syard_zack15

Menurut bapa budak lelaki itu, anaknya memiliki banyak koleksi permainan Cars yang dikumpul sejak berumur tiga tahun lagi.

Tambah orang ramai lagi, mereka mendoakan budak lelaki itu dapat meneruskan kerjaya dalam bidang berkaitan automotif pada masa hadapan.

Netizen turut mengakui, bukan kanak-kanak sahaja yang teruja melihat kereta-kereta tersebut. Bahkan mereka yang dewasa pun sama teruja apabila berpeluang dapat melihat depan mata.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.