Sebagai seorang yang kaki jalan dan bertemu ramai kenalan, boleh saya katakan orang Malaysia suka travel sebelum puasa dan selepas Raya Aidilfitri. Semua orang tahu tiket penerbangan AirAsia ke Maldives murah tapi bagaimana dengan perbelanjaan di sana? Jadi baru baru ini, pertengahan Mei yang lalu saya dan bersama lagi 7 orang wakil media lain telah pergi ke Maldives untuk ‘mencari jawapan’ sama ada orang Malaysia boleh travel ke Maldives secara bajet atau tidak.

BACA JUGA: 7 Cabaran Yang Saya Lalui Sewaktu Travel Solo Di Maldives

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hari Pertama

Hari pertama tiada apa apa aktiviti yang kami lakukan kerana hari tersebut ialah hari kami sampai di Maldives dari Kuala Lumpur. AirAsia hanya sediakan satu pernerbangan saja sehari ke Male (ibu negara Maldives). Penerbangan kami berlepas dari KLIA2 pada pukul 6:55 petang (waktu KL) dan sampai pada pukul 8:10 malam (waktu Maldives) dan penerbangan ini penerbangan terus, tiada berhenti di mana mana. Perbezaan masa antara KL dan Maldives ialah 3 jam.

Memandangkan kami sampai malam, kami perlu bermalam di Hulhumale. Untuk pengetahuan anda, airport Maldives terletak di atas pulau Hulhule dan pulau ini bersambung dengan pulau buatan Hulhumale melalui satu jalan kecil. Jarak perjalanan hanya ambil masa 15 minit. Pihak guest house menjemput kami di airport.

Sebelum kami ke Hulhumale, macam biasa kami dapatkan sim card terlebih dahulu di Aiport. Ada dua telco yang menawarkan traveller sim card iaitu Dhiraagu dan Ooredoo. First rule bila anda perlu buat pilihan di negara orang, pilih yang ramai orang beratur. Jadi, kami pilih sim card Dhiraagu.

Kami sepatutnya bermalam di UI Hotel tapi disebabkan masalah teknikal, 4 orang termasuk saya terpaksa bermalam di guest house sebelah iaitu Dream Relax Hotel. Sebelum check in guest house, kami makan malam di UI Hotel terlebih dahulu. Di Maldives tak ada backpackers hostel atau sewaktu dengannya. Walaupun di kategorikan sebagai hotel bajet, hotel seperti yang kami menginap ini
sudah cukup puas hati.

Perbelanjaan:
Check in hotel – RM270/ USD60 satu malam (USD30/seorang)
Makan malam – RM22.50/ USD5
Sim Card (3GB data)- USD15/RM65 (+USD1 untuk tax)

Recap: Belum nampak wajah sebenar Maldives sebab gelap malam, penat fly dan tunggu untuk check in.

Hari Kedua

Kebanyakkan hotel di Maldives menyediakan sarapan secara percuma (sudah masuk dalam room rate). Jadi kami mulakan hari kedua dengan menikmati sarapan di hotel. Hari kedua ini merupakan hari yang kami tunggu untuk melihat wajah sebenar Maldives dan kami akan bertolak ke sebuah pulau iaitu Rasdhoo.

Pihak guest house menghantar kami ke Airport dan dari Airport kami ambil bot laju ke pulau Rasdhoo. Satu jam perjalanan ke Rasdhoo memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana arus dan ombak lautan hindi sangat kuat. Macam naik roller coaster. Sampai saja di sana kami dibawa untuk check in guest house Rasdhoo Shallow Lagoon.

Selesai check in dan berehat sekejap kami dibawa ke Picnic Island untuk menikmati makan tengahari. Picnic Island sebuah pulau kecil saja, hanya 1 minit perjalanan daripada pulau yang kami tinggal. Kami dihidangkan dengan nasi dan kari ayam. Maldives sebuah negara Islam jadi tidak susah untuk mendapatkan makananan halal.

Selesai saja makan tengahari kami di bawa ke satu pulau yang tidak berpenghuni tapi cantik iaitu Sandbank. Apa lagi aktiviti yang nak dibuat apabila sampai ke pulau cantik seperti Sandbank melainkan chill out, swimming dan snorkelling. Kami lepak di Sandbank sehingga matahari terbenam

Sebelah malam pula selepas makan malam kami keluar melihat bintang dan bulan di pantai berhampiran.

Perbelanjaan:
Bot laju ke pulau Rasdhoo – RM180/ USD40 (USD40/seorang)
Check in hotel – RM315/ USD70 (USD35/seorang)
Makan tengahari – RM45/ USD10 (USD10/seorang)
Bot ke Sandbank, snorkelling – RM67.50/ USD15 (USD15/seorang)
Makan malam – RM67.50/ USD15 (USD15/seorang)

Recap: Hujan diwaktu petang memandangkan pada masa ini adalah off season. Namun tidak menghalang kami menikmati air biru dan pasir putih di Sandbank. Makanan yang disediakan sedap terutama ikan tuna. Maldives merupakan antara pengeksport tuna terbesar selain daripada industri pelancongan.

Hari Ketiga

Memandangkan ini travel bajet maka lupakan saja cerita tentang private resort. Hari ketiga kami dibawa berjalan jalan sekeliling pulau Rasdhoo untuk mengenali dengan lebih dekat cara kehidupan orang Maldives. Di Maldives ada beberapa pulau yang popular kepada orang Malaysia seperti Maafushi dan Koomandoo. Maldives terbentuk oleh 1,200 pulau dan hanya 200 saja yang berpenghuni. Dan apabila kami buat carian di Google, memang ada pulau pulau di Maldives untuk dijual.

Tengaharinya pula kami buat snorkelling safari trip. Sempat lah juga berselisih dengan shark, turtles dan sting ray. Banyak spot snorkelling yang kami pergi. Petang pula selepas makan tengahari kami chill out di sun deck dan swimm di pantai bikini. Sepatutnya lewat petang kami menaiki cruise untuk melihat sunset dan dolphin tapi kami dikecewakan dengan hujan.

Untuk hari ketiga kami bermalam di guest house yang lain pula iaitu Holiday Garden Rasdhoo yang tidak jauh daripada guest house pertama kami duduk. Holiday Garden Rasdhoo ini kopi dia memang terbaik walaupun kami discover yang pembuat kopinya cuma pakai nescafe. Pada malam itu juga kami disajikan dengan live band yang mana saya ibaratkan seperti Maldivian Nasyid.

Perbelanjaan:
Check in hotel – RM315/ USD70 (USD35/seorang)
Snorkelling safari – RM189/ USD42 (USD42/seorang)
Makan tengahari – RM45/ USD10 (USD10/seorang)
Makan malam – RM67.50/ USD15 (USD15/seorang)

Recap: Hari yang chill. Kami jumpa dan kenal lebih banyak orang tempatan. Tim guest house yang menjadi guide kami semua superb. Senang cerita boleh buat kawan. Sekali lagi, menu makan kami adalah tuna.

Hari Keempat

Hari terakhir kami di Maldives. 4 hari 3 malam percutian bajet di Maldives ini just nice. Cukup untu anda tenangkan fikiran dan mengenali budaya setempat. Memandangkan petang sebelumnya kami tidak dapat lihat dolphin maka pagi hari keempat kami dibawa melihat dolphin walaupun peluang 50/50 untuk nampak dolphin disebabkan pagi bukan waktu dolphin keluar. Ternyata, pagi itu cuma pelayaran sia sia tanpa kelibat dolphin.

Kami juga diberi peluang untuk merasai DSD (Discovery Scuba Diving) oleh team Rasdhoo Scuba secara percuma. Jika mahu diikutkan harga, RM270/USD60 juga kami kena keluarkan duit tapi nasib baik mereka bagi percuma.

Selesai semuanya termasuk makan tengahari ‘tuna’ terakhir di guest house, kami bertolak ke Airport jam 1:30 petang. Flight kami ke KL jam 9:30 malam (waktu Maldives) jadi kami mengisi masa sebelum flight dengan melawat bagaimana Seaplane beroperasi dan bersiar siar sekitar bandar Hulhumale. Kami makan malam di sebuah restoran, CITRON di Male sebelum ke Airport untuk berangkat pulang. Ha, di CITRON ini baru kami jumpa daging dan ayam.

Perbelanjaan:
Makan tengahari – RM45/ USD10 (USD10/seorang)
Bot laju ke Male – RM180/ USD45 (USD45/seorang)
Makan malam – RM90/USD 20 (USD20/seorang)

Recap: Rasa kena repeat Maldives sebab orang orangnya peramah dan baik. Mereka layan macam VIP walaupun anda seorang backpacker.

Kesimpulan

Keseluruhan bajet untuk 4 hari 3 malam ialah – RM1,969.50
Penerbangan AirAsia ke Maldives pergi balik (purata) – RM599
Jumlah seorang 4 hari 3 malam termasuk tiket penerbangan – RM2295.90

Dengan perbelanjaan yang saya outline di atas, Maldives bukanlah untuk percutian mewah sahaja. Dengan perancangan yang rapi dan info yang lengkap anda boleh jadikan Maldives sebagai salah satu lokasi percutian bajet atau sebagai weekend getaway anda.

BACA JUGA: 17 Panduan Yang Boleh Dijadikan Rujukan Bagi Anda Yang Mahu Travel Ke Maldives