Sebelum ini, Azri Iskandar mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip yang dikenali sebagai Dr Azra Diera.

Mengulas lanjut hal itu, Azri menegaskan Azra bukanlah punca rumah tangganya musnah. Tambahnya, dia membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat kerana tidak mahu membuang masa disebabkan usia yang semakin meningkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, Ellie Suriaty tidak terkejut dengan berita itu dan cukup mengenali diri Azri kerana sudah 19 tahun hidup bersama. Menurut laporan, Ellie menyatakan naluri seorang isteri sangat kuat dan dia sudah dapat ‘menghidu’ hubungan Azri bersama wanita lain sebelum mereka membuat keputusan untuk berpisah.

“Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya. Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini.” ujar Ellie

Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriaty Omar pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun menjalani bahtera rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar dan Nur Azreen.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Azri Iskandar dan Ellie Suriaty pada pautan di bawah.

Tiada Lagi Persefahaman, Azri Iskandar Dan Ellie Suriaty Sah Bercerai Selepas 19 Tahun Bersama

Terpaksa Tipu Ellie Suriaty Pergi Bengkel Kereta, Azri Iskandar Tekad Ambil Suntikan Vaksin