Selain Macau Scam, kita dikejutkan dengan berita selebriti terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan. Apa yang mengejutkan, bayaran yang diterima sekitar RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam.

Lantaran itu, ramai orang yang mula berteka-teki siapakah selebriti tersebut dan ada yang mengaitkan Chacha Maembong antara selebriti yang terlibat. Oleh itu, Chacha Maembong dalam satu kenyataan menafikan tuduhan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CGb2z4cF6hP/

Malah, tuduhan dilemparkan itu adalah fitnah yang sengaja mahu menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan dibinanya. Selain itu, ada juga yang menuduh produknya datang dari wang haram dan sedikit sebanyak menjejaskan reputasi perniagaannya.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu yang menuduh dirinya terlibat dalam kes Macau Scam. Tambahnya, dari dulu sehingga sekarang dirinya bekerja keras untuk mencari rezeki dan jika benar gosip tersebut, buat apa beliau perlu berlakon lagi kerana sudah mendapat wang yang banyak.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Tidak Tampil Bantu Siasatan Kes ‘Macau Scam’, Pelakon Lelaki Dan Pengacara Wanita Akan Dipanggil SPRM

PDRM Sahkan Addy Kanna dan Leong Yeong Tidak Terlibat Dengan Macau Scam

Cetus Keraguan, PPIM Persoalkan Bagaimana Suspek Utama Macau Scam Mampu Melarikan Diri

Sumber