Pejabat Persatuan Diraja (ORST) mengumumkan bahawa Thailand akan menukar nama ibu kota negara tersebut kepada ‘Krung Thep Maha Nakhon’. Pertukaran ini sudah pun diluluskan oleh kabinet Thailand, namun nama ‘Bangkok’ masih diikitiraf dan bebas digunakan.

Kini kelulusan pertukaran nama sedang berada di peringkat akhir, “Nama rasmi baharu itu hanya akan berkuat kuasa selepas ia ditapis oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab meneliti semua draf rang undang-undang, dengan pemerhatian daripada Kementerian Luar Negeri,” kata ORST.

Bangkok telah digunakan secara rasmi sejak November 2001. Nama ‘Bangkok’ berasal dari kawasan lama Bangkok, yang kini merupakan sebahagian daripada kawasan metropolitan di ibu negara, Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai.

Memetik Banana Thai School, Krung Thep Maha Nakhon bermaksud ‘kota besar bidadari.’ Krung ditakrifkan sebagai ‘bandar’, biasanya merujuk kepada ibu kota. Sementara itu, Thep ditakrifkan sebagai ‘bidadari.’ Maha bermaksud ‘besar’ dan nakhon bermaksud ‘bandar.’

Nama Krung Thep sendiri sebenarnya sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat Thai memandangkan gelaran itu sudah lama wujud. Seperti yang dilaporkan oleh Britannica, orang lama Thai merujuk Bangkok sebagai Krung Thep. Perkataan ini bermaksud ‘kota bidadari.’

Krung Thep Maha Nakhon, atau “Krung Thep” adalah versi pendek dari nama panjang ibu negara Thailand iaitu “Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathatsitiya”.

Dipetik dari Britannica nama ini bermaksud, “Kota Para Dewa, Kota Besar, Kediaman Buddha Zamrud, Kota Yang Tidak Dapat Ditembus (Ayutthaya) Dewa Indra, Ibu Kota Dunia yang Dikurniakan Sembilan Permata Berharga, Kota Kebahagiaan yang Berlimpah Istana Diraja Besar. Menyerupai Kediaman Syurgawi Dewa-Dewa Reinkarnasi, Kota yang Diberikan oleh Indra dan Dibina oleh Vishnukarm.”.

Selepas pengumuman itu mendapat kritikan orang ramai, jurucakap kerajaan Ratchda Dhanadirek berkata nama Thai Krung Thep Maha Nakhon hanya akan digunakan sebagai nama rasmi manakala nama Bangkok masih tetap diiktiraf.

Nama ibu kota Indonesia jadi perdebatan, apakah maksud di sebalik nama nusantara? Rujuk pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Nama Ibu Kota Indonesia Jadi Perdebatan, Apakah Maksud Di Sebalik Nama ‘Nusantara’?