Siapa sahaja tidak kenal dengan Dr Amalina Bakri. Jika dahulu namanya sering menjadi sebutan kerana kejayaan akademiknya kini beliau menjadi pula rujukan terutamanya para netizen dalam isu berkait kesihatan di media sosial.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang dilihat cuba untuk mengambil kesempatan atas kepercayaan orang ramai terhadap dirinya dalam bidang tersebut.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Ini selepas Dr Amalina pada semalam memuat naik satu perkongsian daripada pengikutnya mengenai individu bernama ‘Miera’ yang cuba mempromosikan produk pemakanan tambahan untuk pesakit kencing manis di Whatsapp.

AnyConv.com__EgWYbQXXkAA8Izi

Tangkap layar dihantar pengikut Dr Amalina mengenai perkara itu.

“Saya diberitahu ada penjual produk yang menggunakan nama saya untuk menjual produk suplemen beliau.

“Saya minta saudari ‘Miera’ ini berhenti menggunakan nama saya. Saya tidak pernah ‘endorse’ mana-mana produk,” jelasnya.

AnyConv.com__EgWYbQUWAAIBZ-u

Promosi yang dilakukan individu bernama Miera di Whatsapp

Tambahnya lagi, pesakit diabetes sepatutnya mengikuti nasihat doktor jika mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tidak mengambil inisiatif sendiri.

“Jangan berubat sendiri dan jangan percaya dengan janji manis penjual.

“Dapatkan nasihat doktor. Terima kasih!” pesannya.

Dr Amalina sebelum ini juga pernah melancarkan laman sesawang sendiri untuk menjawab persoalan dan pertanyaan berkaitan perubatan daripada netizen. Baca mengenainya di pautan di bawah.

Selepas Twitter, Dr Amalina Kini Lancarkan Laman Sesawang Sendiri Jawab Pertanyaan Netizen

Netizen Tidak Puas Hati Nama Dr Amalina Tercalon Untuk Anugerah ‘Influencer’

Anda Mungkin Suka