Nama dan gelaran bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan kerana sudah pasti ia membawa maksud yang tersendiri buat setiap individu.

Namun, seperti tidak belajar dari kesilapan lalu ketika mempermainkan gelaran yang diberikan bapa kepada artis antarabangsa, Dua Lipa- netizen Malaysia sekali lagi mencetuskan kontroversi sama kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan kali ini, giliran gadis dari Korea pula yang menerima nasib sama dengan bapa kepada penyanyi terkenal dunia itu apabila username Instagram miliknya @babi__fly turut dipersendakan netizen Malaysia.

Namanya Babi dipersendakan kerana mempunyai maksud yang sama dengan khinzir dalam Bahasa Melayu.

https://www.instagram.com/p/B-KYgx8n9QY/

Tidak tahan dengan perangai netizen Malaysia yang mempersendakan namanya secara beramai-ramai di Instagram, gadis tersebut kemudiannya membuat satu hantaran atau lebih tepat lagi ‘berceramah’ bagi memastikan ia tidak lagi berlaku.

Walaupun komen-komen yang difahamkan mempersendakan nama Babi itu tidak dapat dilihat kerana ruangan komen telah ditutup, namun sudah pasti ianya sangat teruk jika beliau terpaksa membuat hantaran bagi meminta netizen untuk menghentikan tindakan itu.

https://www.instagram.com/p/CA8hRBrHl2E/?igshid=1k0ves44h52m1

“Orang Malaysia yang datang ke sini untuk mempersendakan nama saya perlu melihat hantaran ini.

“Kenapa anda melakukan perkara ini kepada saya? Hanya kerana nama saya boleh menjadi bahan ketawa kamu? Anda gembira dengan ini?

“Saya tidak berminat dengan bahasa kamu dan saya tidak kisah apa maksud nama saya dalam bahasa kamu.

“Saya tidak mengenali negara kamu sebelum ini, tetapi kini saya tidak berminat lagi untuk mengenalinya,” jelas Babi dalam kiriman terbarunya itu.

Walaupun beliau bukanlah artis terkenal dunia seperti Dua Lipa yang menjadi mangsa sikap kurang sensitif netizen Malaysia sebelum ini, namun ia sudah pasti memberikan kesan yang buruk kepada imej negara kita kepada warga luar.

Di saat dunia sedang berdepan dengan pandemik dan pelbagai isu, tetapi netizen kita pula masih mengulangi kesilapan sama yang dilakukan beberapa tahun lalu dengan mempersendakan nama seseorang hanya kerana ia membawa maksud yang tidak baik dalam bahasa kita.

Kepada anda yang tertanya apa yang berlaku kepada Dua Lipa sebelum ini, netizen Malaysia pernah menarik perhatian dunia apabila dikatakan ‘tersinggung’ dengan panggilan ‘babi’ yang digunakan oleh Dua Lipa ketika mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat bapanya di Instagram.

Sedangkan gelaran tersebut dalam bahasa Albania adalah bermaksud bapa. Jadi sebelum mempersendakan dan berasa tersinggung, seeloknya netizen menghormati nama atau gelaran yang digunakan mereka kerana sudah pastinya mereka lebih mengetahui maksud sebenar perkataan yang digunakan.

Baca mengenai Dua Lipa pada dua tahun lalu yang terpaksa mengubah kapsyen Instagramnya kerana netizen Malaysia di pautan di bawah.

Dua Lipa Terpaksa Ubah ‘Caption’ Instagram Kerana Rakyat Malaysia

John Wick Dipilih Sebagai Tajuk Selepas Keanu Reeves Kerap Lupa Nama Asal Filem Tersebut