Siapa sangka nama Merdeka membawa tuah kepada seorang nelayan di Pulau Pinang tahun ini apabila dia dilaporkan boleh memesan apa sahaja makanan dan minuman yang dimahukannya secara percuma di sebuah kedai di sini.

Menurut laporan Bernama, lelaki tersebut Mohd Merdeka Ismail yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957, mendapat keistimewaan khas daripada sebuah kedai kopi di Kampung Simpang Tiga, Penaga.

Keistimewaan untuk memesan apa sahaja di kedai kopi tersebut secara percuma itu menurut beliau diketahuinya pada minggu lalu apabila diberitahu oleh tuan kedai tersebut. Bagaimanapun, tawaran dan keistimewaan itu difahamkan hanya diberikan pada bulan ini sahaja bersempena dengan bulan kemerdekaan.

“Mula-mula saya ingat pemilik kedai kopi itu hanya bergurau, tetapi selepas saya menyebut Merdeka, Merdeka, Merdeka…pemilik kedai itu pun minta saya ‘order’ apa sahaja, beliau akan belanja,” katanya kepada Bernama.

Mengulas mengenai namanya yang unik, Mohd Merdeka menjelaskan nama itu diberikan seorang bidan kampung ketika kelahirannya di Tasik Gelugor ketika suatu ketika dahulu.

Walaupun namanya itu sering menjadi ejekan dan membuatkan dirinya malu ketika zaman persekolahan, namun Moh Merdeka menjelaskan ianya menjadi semakin berubah bila meningkat dewasa.

Perkara itu juga menurut beliau turut berlaku kepada anak perempuannya dimana perasaan malu sering dipersenda kerana nama bapanya yang dianggap pelik berubah namun menjadi satu kebanggan apabila anaknya itu meningkat dewasa.

Malah, sebelum mendapat keistimewaan di kedai kopi kali ini, beliau sebelum ini juga pernah dijemput ke Istana Negara oleh Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin, pada 2007 bagi menghadiri Himpunan Anak-Anak Merdeka di seluruh negara.

“Ramai tidak tahu nama ini menjadikan saya seperti seorang terkenal umpama selebriti dalam kalangan penduduk kampung dan pernah beberapa kali dijemput untuk hadir ke majlis sambutan ambang kemerdekaan,”tambahnya.

Tonton juga dendangan syair merdeka oleh guru ini yang tular ketika sambutan Hari Kemerdekaan tahun lalu di pautan di bawah. 

Kemerduan Guru Ini Dendangkan Syair Merdeka Curi Perhatian Netizen

Gaya Rakyat Malaysia Meraikan Hari Kemerdekaan

Apa Makna 59 Tahun Kemerdekaan Malaysia Pada Kita