Gencatan senjata yang terbaru telah pun diderhakai puak Zionis awal pagi ini. Sekali lagi, kita berhadapan dengan berita-berita tragedi berdarah yang berlaku kepada kaum Palestin. Kebiadapan Zionis tiada penghujungnya sehingga memaksa masyarakat seluruh dunia untuk berdemonstrasi bagi menunjukkan penentangan terhadap keganasan yang berlaku.

Pun begitu, siapa sangka keganasan ini turut mendapat perhatian si kecil Aqeef yang baru berusia 10 tahun? Mohammad Aqeef Mohd Radzlan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa itu telah menyatakan solidaritinya bersama Gaza di dalam surat yang ditulisnya kepada Israel. Walaupun karangannya itu mempunyai beberapa kesalahan tatabahasa, namun secara keseluruhannya Adik Aqeef telah menyatakan hujahnya dengan baik. Guru matapelajarannya turut memuji surat yang telah diolah sempurna itu.

Ternyata seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia turut merasai penderitaan yang berlaku di Gaza. Syabas juga kami ucapkan kepada ibu bapa Aqeef yang berjaya mendidik anak mereka agar cakna dengan isu semasa yang berlaku. Doa kami semoga keganasan oleh puak Zionis ini akan berakhir segera. Jom kita tembakkan doa bertalu-talu agar kedamaian mampu dicapai dalam tempoh terdekat.

Dan ini, gambar Aqeef yang kita kagumi.