Mula diperkenalkan pada tahun lepas sebagai telco dibawah naungan Telekom Malaysia, Webe berjaya menarik perhatian ramai dengan penawaran pelan data unlimited.

Syarikat yang mula bertapak dengan nama sendiri pada hari ini telah mengumumkan di dalam laman web mereka dimana nama Webe bakal diubah menjadi Unifi. Pengumuman yang dibuat ini bakal diteruskan dengan pemberitahuan secara meluas bermula 16 September 2017 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

webe

Dalam pada itu, perubahan nama Webe kepada Unifi ini difahamkan tidak akan menjejaskan bil bulanan atau pembayaran pengguna sedia ada. Syarikat ini turut berjanji mereka akan terus komited dalam memberikan yang terbaik buat para pelanggan.

Sebuah lagi perkara penting yang para pengguna yang berminat untuk melanggan telco Webe adalah, syarikat ini menyatakan para pengguna baru cuma berpeluang mendapatkan pelan langgan Webe dengan internet tanpa had sehingga 31 Oktober 2017 sahaja. Sekiranya anda masih berkira-kira untuk menukar ke pelan RM79 ini, kami cadangkan anda lakukan segera sekiranya kawasan anda mempunyai liputan Webe yang baik

Baca lagi: Ini Yang Dapat Aku Katakan Selepas Sebulan Menggunakan Webe

Sumber