Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai filem terbaru bertajuk BABI yang diarahkan oleh pengarah dari Malaysia, Namewee. Walaupun hanya dijadualkan untuk tayangan dan menyertai festival filem di luar negara, ianya masih menjadi topik perbualan di negara kita, Malaysia.

Bukan sahaja hangat dibincangkan di media-media sosial dan laporan media utama, malah terdapat juga laporan polis yang telah dibuat terhadap poster filem itu yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum melalui tulisan-tulisan yang terdapat dalam poster filem berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
trailer
Tangkap layar trailer Filem Babi di YouTube Namewee

Kini, selepas filem berkenaan difahamkan sudah pun mula ditayangkan di luar negara, Namewee melalui kemas kini di akaun-akaun media sosialnya tampil menjelaskan filem berkenaan tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Malah, pihaknya juga menjelaskan tidak akan memohon kepada mana-mana badan atau pertubuhan bertanggungjawab di Malaysia untuk menayangkan filem berkenaan.

“Filem [BABI] telah diiktiraf dan menerima pencalonan di festival filem antarabangsa di empat negara yang berbeza. Bagaimanapun, filem ini tidak akan dikeluarkan di Malaysia, dan kami tidak akan memohon pada mana-mana badan atau pertubuhan di Malaysia.

“Ini adalah kerana Malaysia mempunyai terlalu ramai ekstremis yang tak tahu malu, suka menghasut dan sering menggunakan isu perkauman untuk mencapai tujuan politik mereka masing-masing,” jelas beliau.

Walaupun menjelaskan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia bersikap begitu, namun hakikatnya menurut beliau “Malaysia adalah sebuah negara unik yang berbilang kaum dan majmuk, di mana rakyat saling menghormati dan menerima antara satu sama lain”.

Perkara itu jelasnya dapat dilihat ketika penggambaran filem berkenaan itu sendiri di mana setiap pelakon dan krew yang berbilang kaum telah bekerjasama bersama untuk menghasilkan karya berkenaan.

“Inilah yang mencerminkan semangat dan perpaduan rakyat Malaysia yang sebenarnya,” jelasnya.

Filem berkenaan menurut kapsyen yang dibekalkan di trailer rasmi Namewee Banned Film 【BABI】Official Trailer yang dimuat naik di YouTube menjelaskan ianya dihasilkan berdasarkan satu kejadian rusuhan di sebuah sekolah yang terjadi di negara ini pada tahun 2000 dahulu.

Walaupun tidak diluluskan untuk tayangan di negara ini, namun filem berkenaan seperti dilaporkan Malaysiakini sudah pun tercalon untuk empat festival filem antarabangsa.

Festival-festival filem ini adalah termasuk Open World Toronto Film Festival, Around International Film Festival Berlin, International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival untuk pelbagai kategori yang berbeza.

Baca juga perkongsian hiburan semasa yang dikongsikan kami sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Filem Puteri Gunung Ledang Bakal Ditayangkan Di Netflix Bermula 26 November Ini

Finas Umum Filem ‘Roh’ Terpilih Wakili Malaysia Untuk Bertanding Di Anugerah Oscar

Johnny Depp Dipaksa Keluar Daripada Siri Fantastic Beasts