Ada sebab mengapa filem Black Panther 2 masih tidak mempunyai tarikh tayangan rasminya dalam Phase 4 Marvel Cinematic Universe. Nampaknya, satu lagi watak popular Marvel kemungkinan besar akan diperkenalkan dalam Black Panther nanti.

Khabar angin tentang Namor a.k.a Sub-Mariner akan menjadi ‘penjahat’ dalam Black Panther 2 semakin bertiup kencang beberapa hari ini. Sebenarnya ini adalah langkah terbaik Marvel Studios bagi memperkenalkan watak Namor kerana agak sukar untuk Namor mendapat filem solonya yang tersendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengapa? Kerana Namor sering dibandingkan dengan watak Aquaman oleh DC Comics. Disebabkan kejayaan filem Aquaman, Namor pastinya berdepan tugas sukar menyaingi populariti Aquaman.

Namor sebenarnya adalah anak seorang mutan berbangsa Atlantean yang mempunyai kuasa super dan kemampuan mengawal hidupan laut. Disebabkan beliau adalah seorang mutan, ianya juga salah satu cara terbaik bagi Marvel Studios memperkenalkan franchise X-Men ke dalam MCU.

Namor sememangnya antara watak penting dalam franchise X-Men, Fantastic Four dan Avengers. Jadi jika khabar angin ini benar, MCU pastinya akan jadi lebih menarik selepas ini. Jika DC Comics ada Aquaman, Marvel Studios ada Namor untuk dibanggakan.

Sumber