Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti berbeza, mana tidaknya, hampir 2 tahun kita menyambut Hari Raya dalam fasa pandemik, mestilah tahun ini anda mahu sambut dengan meriah bukan?

Kemeriahan raya kali ini boleh diraikan dengan produk kesukaan Remy Ishak dan Farah Nabilah. Eh apa yang istimewa sangat produk ini sampai mereka suka sangat? Kalau anda nak tahu jom layan dulu video “Raya Bersama, Raya Bermakna”!

Sampai berjoget-jogetlah si Remy Ishak, Farah Nabilah dan yang lain-lain. Punyalah hebat penangan ‘Ve’ yang mereka dok sebut-sebut ini. Anda sudah tengok kan video Remy Ishak dengan Farah Nabilah itu?

https://gfycat.com/aromatictinyglobefish

Nampak berbeza sangat sebelum dan selepas mereka jumpa dengan produk ini kan! Raya yang suram pun bertukar menjadi ceria dengan kehadiran produk-produk ni! Wah, memang best sangat lah raya anda kali ni.

Eh, ‘Ve’ tu apa? Untuk pengetahuan anda, Ve ini adalah siri jenama dapur Malaysia yang penuh inspirasi dengan memberikan rasa autentik dan asli dari kepelbagaian budaya dan warisan.

Siri Ve menampilkan beberapa produk seperti VeSawit, VeCorn, VeSoya dan yang terbaru VeLada. Persiapan raya pun jadi mudah sahaja! Meriah betul mereka sambut menggunakan produk-produk ini semua! Setiap hidangan pun memberikan rasa yang bermakna!

Rasa autentik lokal bersama VeSawit

Suasana Aidilfitri pasti meriah dengan pelbagai hidangan yang disediakan terutama sekali rendang, ketupat, kuah kacang yang selalu dinanti-nantikan bila raya. Tapi penting untuk pastikan minyak masak yang kita guna adalah berkualiti.

Tidak payah risau! Anda guna sahaja VeSawit sebab rasa minyak sawit autentik mampu membangkitkan aroma lokal serta kaya dengan vitamin E yang disahkan oleh Institusi Swiss Vitamin.

VeSawit juga sesuai untuk semua jenis masakan tradisi Melayu terutama sekali untuk menggoreng atau menumis, memang sesuai untuk anda nak masak rendang nanti.

Rasa masakan dan kuih muih jadi lebih halus dan lazat bersama VeCorn

Dah masak banyak hidangan tu, tidak lengkaplah kalau tidak buat kuih raya kan? Minyak jagung VeCorn la bahan rahsia yang diperlukan bagi menyedapkan lagi kuih raya. VeCorn yang kaya dengan Omega 6 dan Vitamin E pasti menjadikan kuih raya lebih lembut dan lazat.

Biskut kacang mazola adalah antara yang wajib dihidangkan di pagi raya. Jadi kalau anda nak mengekalkan rasa asli biskut mazola macam yang nenek anda buat, gunalah minyak VeCorn.

Rasa rangup setiap hidangan bersama VeSoya

Ada yang menarik dalam Siri Ve ini VeSoya lah! Eh kenapa pula menarik? VeSoya ialah minyak masak daripada kacang soya tau, memang jarang jumpa kan.

VeSoya ini sesuai untuk menggoreng juga dan selalu digunakan untuk masakan Korea tau! Dah berkumpul beramai-ramai dengan keluarga itu mesti nak juga kan rasa makanan lain Syawal ini. Selain makanan tradisional, kita boleh juga buat makanan yang rare untuk dihidang time raya kan!

Boleh la buat ayam goreng Korea guna minyak VeSoya! Fuh, memang sedap sangat. Anda tahu tak, VeSoya juga kaya dengan Omega 3 & 6 tau! Rasa rangup setiap hidangan anda untuk syawal ini!

Makanan raya anda lagi sedap kalau ada VeLada

Istimewa kali ini Siri Ve memperkenalkan produk baru iaitu VeLada. Menariknya, VeLada ada dua jenis iaitu lada hitam dan lada putih asli dari Sarawak tanpa sebarang bahan pengawet. Sesuai untuk menambahkan perasa pada makanan anda!

Rasa versatil bersama NeuVida

Masa raya biasalah, makanan yang disediakan selalunya berminyak, tapi anda boleh gantikan dengan minyak masak NeuVida yang lebih sihat. NeuVida tahan suhu sehingga 245°celcius dan dibotolkan dalam botol bio-PET.

Selain itu, NeuVida juga mengandungi 83% Asid Oleik, jadi anda boleh menikmati juadah raya tanpa rasa bersalah.

NeuVida menjadikan sajian rasa lebih versatil. Produk minyak premium ini diimport daripada Argentina, memang luar biasa la kualitinya.

Remy Ishak kongsi rahsia miliki rasa segar sepanjang hari!

Baju raya sudah cantik mesti anda nak senyum dalam keadaan yang penuh yakin. Kekalkan senyuman manis anda dan nafas yang segar dengan berus gigi MorningKiss Optimus Charcoal dan ubat gigi MorningKiss Tea Tree Oil.

Berus gigi dari MorningKiss mempunyai berus arang slimtip 0.01mm yang lebih halus untuk menghilangkan plak gigi dan mampu membersihkan gusi secara lembut.

Tapi lagi best kalau anda guna berus gigi dengan ubat gigi MorningKiss tau! Nafas anda jadi segar sahaja. Bila gigi sudah cantik, barulah yakin nak senyum dan ber-ootd!

Tawaran menarik dan percuma VeLada!

Yang paling best sekarang ada promosi hebat iaitu anda berpeluang mendapat VeLada hitam Sarawak yang bernilai RM10.50. Bestnya!

Apa anda tunggu lagi, jom dapatkan kesemua produk ini  di Lazada, Shopee dan pasaraya tertentu untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini, boleh layari laman sesawang ini!

Anda juga boleh guna lagu tema video ini di Facebook dan Instagram story! Lagu ini boleh download dekat Spotify! Kami pun sudah tidak henti-henti nyanyi ini. Jom kasi lagu ini trending raya ni!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik yang boleh anda cuba untuk dihidangkan di pagi raya. Klik sahaja pautan di bawah ini. 

Lebih 1.6K ‘Shares’, Ini Resipi Mudah Lemang Guna Air Fryer Dijamin Sedap Seperti Dibakar

Resipi Ringkas Rendang Kerang, Juadah Istimewa Untuk Aidilfitri Dijamin Sedap

Lebih 7K ‘Shares’, Ini Resipi Chicken Perattal Yang Sedap Dan Ringkas Untuk Anda Cuba Di Rumah