Industri automotif dunia telah mencipta 1001 jenis reka bentuk kenderaan yang unik dan menarik. Ada yang sesuai digunakan di atas jalan raya dan ada juga yang hanya sesuai dijadikan koleksi peribadi ataupun pameran acara automotif sahaja.

Baru-baru ini tular di Twitter satu rakaman video menunjukkan sebuah kereta berbentuk kristal sedang keluar dihadapan khalayak orang ramai yang seperti menunggu kehadiran kereta tersebut.

https://twitter.com/TheoryJuoce/status/1425090637783838738?s=20

Kereta berbentuk kristal tersebut dikenali sebagai ‘Lo Res Car’ terhasil daripada menurunkan resolusi 3D model Lamborghini Countach yang direka oleh Marcello Gandini dari awal tahun tujuh puluhan.

‘Lo Res Car’ dicipta sebagai sebuah kereta eksperimen reka bentuk konseptual, bukannya kereta konvensional yang boleh digunakan oleh orang ramai. Jadi kereta ini memang tidak dijual di mana-mana pasaran dalam dunia ini.

Ia mempunyai dua tempat duduk di mana tempat duduk penumpang berada di belakang pemandu. Lebih unik lagi, kereta ini tidak mempunyai sebarang pintu dan pemandu serta penumpang hanya boleh masuk ke dalam kereta ini dengan membuka badan kereta yang diangkat menggunakan penggerak elektrik.

Badan kereta berbentuk ‘kristal’ ini diperbuat daripada polikarbonat lutsinar yang telah diwarnakan dengan warna hitam legap (matte black) untuk pengalaman pemanduan yang unik. Beberapa bahagian dalamannya pula menggunakan keluli tahan karat supaya ia nampak lebih kemas dan minimal.

Pelbagai pandangan dikongsikan melalui ciapan oleh orang ramai, paling menarik sekali ada yang menyamakan kereta ini sama seperti Tesla Cybertruck hasil ciptaan Elon Musk.

Walaupun Tesla Cybertruck mempunyai bentuk yang ‘pelik’, namun ia berjaya meraih perhatian orang ramai semasa datang ke tapak pembinaan. Baca lagi menerusi pautan di bawah.

Kehadiran Tesla Cybertruck Ke Tapak Pembinaan Raih Tumpuan Orang Ramai

Kedai Di India Mampu ‘Convert’ Honda Civic Jadi Lamborghini Dengan Modal RM56,257 Sahaja

Guna Enjin Pam Air, Anak Muda Ini Bina Replika Ferrari Dengan Kos RM4,118 Sahaja

Sumber