Semakin tinggi nilai sesuatu kenderaan yang kita pakai, semakin mahal kos penjagaan dan baik pulih kenderaan tersebut. Baru-baru ini selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim telah berkongsi kos baiki kereta SUV berjenama Range Rover selepas dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Dalam satu video reels yang dikongsikan dalam Instagram Ryzal, kereta SUV dia telah merempuh bahagian belakang sebuah Nissan Serena sehingga cermin belakang MPV itu pecah dan tercabut mengenai bahagian hadapan kereta Ryzal. Kemalangan itu turut melibatkan sebuah Mercedes dan Perodua Myvi yang berada di hadapan Nissan Serena itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ryzal turut berkongsi beberapa gambar keadaan keretanya selepas berlaku perlanggaran itu di mana bahagian kiri bumper hadapan tercabut dan ada komponen terjatuh pada bahagian kanan hadapan kereta.

Pada penghujung video itu, Ryzal berkongsi tangkap layar kos baiki Range Rover yang mencecah RM41,103.16 walaupun dari luaran nampak kesan kerosakan pada Range Rover itu nampak sedikit sahaja.

Tambah Ryzal lagi, insurans telah cover kesemua kos-kosnya dan dia juga perlu membayar ganti rugi kepada beberapa buah kenderaan lain yang terlibat sama dalam ‘kemalangan berangkai’ tersebut.

Sumber Gambar: Instagram @ryzalibrhm
Sumber Gambar: Instagram @ryzalibrhm
Sumber Gambar: Instagram @ryzalibrhm
Sumber Gambar: Instagram @ryzalibrhm

Ramai yang mempersoalkan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. Menurut Ryzal kemalangan tersebut berlaku disebabkan microsleep semasa dia memandu ketika itu. Microsleep ini bukan sahaja boleh berlaku kepada pemandu, bahkan boleh terkena kepada penunggang motosikal juga.

Diharap semua pihak sentiasa peka dan berhati-hati semasa memandu atau menunggang motosikal. Jika berasa letih, sila berhenti di tempat selamat dan berehat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.

Jangan lupa sentiasa pastikan kenderaan anda mempunyai cukai dan insurans yang sah supaya pada masa akan datang, andaikata berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini, insuran dapat memberikan perlindungan kepada semua pihak terlibat dalam kemalangan itu.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.