Setiap kali ternampak perkataan ‘Oyen’, automatik kita akan terus teringat pelbagai ‘perangai suka cari pasal’ kucing berwarna oren itu tidak kira sama ada dalam atau luar negara. Ada sahaja aksi kucing itu yang membuatkan kita rasa geram, pada masa sama berasa geli hati apabila ulang tayang rakaman video-video berkenaan.

Baru-baru ini beberapa keping gambar ‘Oyen’ telah mencuri perhatian pengguna Facebook apabila kucing itu dengan selamba duduk melepak di ruang ‘S-Duct’ (satu ruangan terbuka pada bahagian hud hadapan) sebuah Ferrari F8 Tributo.

Baca Juga:

Menurut pemilik akaun Facebook Timothy Dat StickerGuy, pada pukul sekitar pukul 1 pagi dia ternampak dua ekor kucing sedang bermain-main di hadapan Ferrari tersebut. Melihat telatah kucing-kucing yang ‘selamba’, dia pun ambil kesempatan untuk buat sesi ‘photoshoot‘ bersama ‘Oyen’ itu.

Hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 46,000 kali perkongsian oleh pengguna Facebook dari pelbagai negara. Ramai yang terhibur melihat pose yang dibuat oleh kucing itu. Seolah-olah tahu ada orang sedang merakam gambarnya.

Sumber Gambar: Instagram @vocketcarclub
Sumber Gambar: Instagram @vocketcarclub
Sumber Gambar: Facebook paultan.org Automotive/Car Discussion

Untuk makluman, kereta Ferrari berharga RM1.08 juta ini mempunyai ruangan terbuka pada bahagian hud hadapan untuk menambahbaik downforce sebanyak 15% berbanding model 488 GTB. Anda boleh lihat penjelasan penuh di sini dan video ini.

Sementara itu, anda boleh lihat gambar di bawah salah seekor ‘Oyen’ terperosok masuk ke dalam ruangan S-Duct tersebut. Mungkin ‘Oyen’ ingat itu ruang untuk main gelongsor agaknya.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber Gambar: Facebook Timothy Dat StickerGuy