Pelbagai ragam pengguna jalan raya dapat kita lihat sama ada baik mahupun sebaliknya apabila penggunaan dashcam semakin meluas pada hari ini.

Baru-baru ini salah seorang pengguna jalan raya terkejut apabila melihat sekumpulan kenderaan membuat ‘U-turn berjemaah’ secara serentak di hadapannya semasa melalui jalan di Segambut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan sedikit, tetapi hampir 8 buah kenderaan berbuat perkara sama serentak pada ketika itu. Bermula dengan kenderaan paling belakang sebuah MPV berwarna cerah, diakhiri juga sebuah MPV berwarna gelap.

Tindakan kesemua kenderaan itu telah menimbulkan rasa tanda tanya kepada warganet. Pelbagai dakwaan dilontarkan oleh pengguna media sosial, ada yang mendakwa mereka sedang ‘berlakon’, ada berpendapat terdapat roadblock di hadapan dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun ramai yang ‘memujinya’ kerana ia nampak kemas dan style seperti sedang melakukan ‘acara u-turn berirama’, tanpa sebarang kenderaan berlanggar antara satu sama lain.

Sumber Gambar: TikTok @mentarisenj4
Sumber Gambar: TikTok @mentarisenj4
Sumber Gambar: TikTok @mentarisenj4
Sumber Gambar: Instagram Vocket Car Club
Sumber Gambar: Instagram Vocket Car Club

Berdasarkan komen-komen yang dikongsikan netizen, situasi ini biasa berlaku di kawasan tersebut kerana selepas kawasan flyover itu ada sebuah sekolah dan ramai penjaga pelajar-pelajar akan membuat U-turn di situ.

Nampaknya kejadian seperti ini kerap berlaku rupanya, bagaimanapun ini kali pertama ia terakam pada dashcam dengan bilangan kenderaan yang banyak.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang pemandu Hilux dikecam ramai selepas memotong di garisan berkembar dan lorong selekoh. Tonton lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Saya Sudah Beam, Lori Tak Bagi Laluan’ – Pemandu Hilux Beri Alasan Selepas Gagal Memotong

Jadi ‘Punca’ Jalan Sesak, Kereta Pengiring VIP Kena Hon Dengan Pengguna Jalan Raya

Gara-Gara Halang Laluan Bas, Tindakan Kumpulan Lelaki Ini ‘Alih Kereta’ Myvi Raih Perhatian Netizen