Lesti Kejora dan Rizky Billar merupakan pasangan selebriti yang menjadi idola netizen di Indonesia kerana kerap mempamerkan kemesraan mereka di media sosial. Namun langit selalunya cerah dan baru-baru ini, rumah tangga pasangan ini bergoyang dan kini menjadi bualan hangat peminat di Indonesia.

Ia selepas tularnya laporan polis yang dibuat Lesti Kejora bahawa beliau menjadi mangsa Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT). Dalam laporan tersebut, pelakon yang berusia 27 tahun dikatakan mula bertindak agresif dengan memukul isterinya selepas wanita itu meminta untuk dihantar pulang ke rumah orang tuanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Rizky dikatakan naik angin dan dmenolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai. Kejadian tersebut dipercayai dilakukan berulang kali.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku selepas penyanyi dangdut itu mendakwa suaminya berlaku curang. Susulan daripada perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan dan leher.

Peminat berpihak kepada Lesti Kejora

Melihat komen-komen peminat di Twitter, mereka berasa simpati dengan kejadian yang menimpa Lesti Kejora dan berkata Rizky Billar seorang yang tidak ada apa-apa tanpa Lesti Kejora di sisi.

Ada juga yang berkata sudah berasa tidak sedap hati sejak Lesti melangsungkan perkahwinan dengan Rizky. Seorang lagi netizen berpendapat Rizky sepatutnya bersyukur mempunyai isteri yang baik dan secantik Lesti kerana Rizky sendiri ‘tidak setaraf’ dengan Lesti.

Rizky dan Lesti berkahwin pada 19 Ogos 2021 dan pasangan ini dikurniakan anak lelaki diberi nama hasil gabungan nama mereka, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Sumber