Ketika ini, ramai orang mula menggunakan aplikasi TikTok untuk mendapatkan maklumat terkini dan juga berkongsi informasi kepada umum agar viral, lalu mendapat perhatian pihak sepatutnya.

Terbaharu, sebuah video iklan kerja kosong oleh House of Kambing telah tular di media sosial dimana memaparkan seorang pekerja di restoran terbabit menyanyi sambil melakukan kerjanya mahukan rakan sekerja segera.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@hok.asia

🥹🥹🥹

♬ original sound – House Of Kambing – HOK

Menerusi video tersebut, pekerja terbabit mengatakan sudah dua bulan tiada pekerja baru sehingga dia penat terpaksa bekerja dua syif. Untuk pengetahuan anda, House of Kambing mencari krew perkhidmatan dan dapur dengan gaji bermula dari RM2,000.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji kreativiti mereka menghasilkan iklan jawatan kosong yang unik serta ‘catchy’.

Malah, para netizen boleh ‘relate’ dengan pekerja tersebut yang terpaksa kerja dua syif disebabkan kekurangan pekerja. Oleh itu, rata-rata netizen meminta agar mereka yang mencari kerja untuk memohon kerja di sini agar pekerja itu dapat kawan bekerja.