Mula diperkenalkan di Malaysia hampir dua dekad yang lalu, Nando’s berjaya memberikan yang terbaik dalam menawarkan menu masakan berasaskan ayam. Tidak hanya terkenal dengan menu yang ditawarkan, Nando’s juga antara yang konsisten serta popular dalam menyokong hasil seni anak tempatan dengan pengajuran Nando’s Art Initiative.

Program yang berlangsung setiap tahun ini terbuka buat semua anak tempatan melalui dua kategori iaitu fine art dan digital art. Lebih menarik, program yang dijalankan ini turut menawarkan hadiah yang bernilai bagi menghargai hasil anak tempatan sekaligus mencungkil bakat dan minat mereka yang berminat dengan seni visual.

Pada tahun ini, acara ini berjaya dilancarkan sempena ulang tahun Nando’s Art Iniative buat kali ke-10. Konsep, kreatif dan kualiti yang ditampilkan antara yang menjadi penilitian dalam mencari pemenang. Berikut merupakan antara pemenang bagi Nando’s Art Initiative 2017.

Pic 5

Pic 2

Pic 3

Buat anda yang mempunyai bakat dan kemahiran baik dari kategori fine art atau digital art, kami cadangkan untuk ikut serta pada tahun hadapan memandangkan acara ini dijalankan pada setiap tahun.