Nando’s Art Initiative (NAI) adalah salah satu usaha Nando’s untuk mencari artis muda yang berbakat dan sama-sama memartabatkan industri seni negara. NAI pertama kali diperkenalkan pada tahun 2008 sebagai satu platform untuk artis muda berkarya dan selepas beberapa tahun, NAI kini menjadi medan persaingan hebat artis-artis muda menunjukkan kreativiti mereka.

Ali Bebit, pemenang tempat ketiga NAI 2008 adalah antara artis yang kini sudah menempa nama di peringkat antarabangsa. Karyanya kini telah berada di beberapa muzium seni di Eropah antaranya Museum of Fine Arts (Russia) dan Museum Palazzo Arese Jacini (Italy).

“Nando’s Malaysia sangat gembira dengan jumlah penyertaan untuk NAI 2016 ini. Selama beberapa tahun ini, Nando’s telah menjadi medan untuk artis muda menempa nama mereka dalam industri seni. Kami sangat berbesar hati untuk menyediakan platform untuk artis-artis ini di samping menyemai dan menyokong perkembangan seni para artis ini,” kata Mac Chung Lyn, CEO Nando’s Chickenland.

Dengan tema ‘Your Art, Your Story‘, Sebanyak 931 penyertaan telah diterima dari lebih 60 universiti dan kolej serata Malaysia dalam dua kategori iaitu kategori Fine Art dan dan kategori Digital Art. Kategori Fine Art telah dimenangi oleh Siti Nor Hidayah Bt Mohamad Mokhtar manakalah Yau Boon Han pula memenangi kategori Digital Art.

"Drama Tragedi" karya  Siti Nor Hidayah Bt Mohamad Mokhtar
“Drama Tragedi” karya Siti Nor Hidayah Bt Mohamad Mokhtar
"Jungle Boy" karya Yau Boon Hau
“Jungle Boy” karya Yau Boon Hau

Pameran pemenang Nando’s Art Initiative ini kini dipamerkan di The Boulevard Publika dari 9 September hingga 18 September sebelum ianya berpindah ke art space Nando’s Chinatown, Petaling Street dari 22 September hingga 19 Oktober 2016. Berikut adalah beberapa karya seni yang kini dipamerkan di Publika di samping karya pemenang NAI.

img_0661

img_0652

img_0651

img_0656

img_0659

Jangan lupa untuk pergi lihat dan support karya artis-artis muda negara. Memang kreatif dan cantik-cantik karya mereka ini. Kudos Nando’s dengan usaha murni ini!