Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memandangkan ramai yang slalu bertanya dan kadang-kadang jadi isu pasal anak kecil sepahkan rumah sehingga tak boleh hendak deco, boleh sahaja deco kalau kita ajak anak skali deco.

Video pendek yang saya kongsi ini nak tunjukkan cara saya menggalakkan anak-anak mengemas bilik mainan mereka. Jadi tidaklah saya penat sangat mengemas hehe..

assalamualaikum dan salam sejahtera..memandangkan ramai yg slalu bertanya n kdng2 jd isu pasal anak kecik sepahkan rumah jd x boleh nk deco.. boleh ja deco kalau kita ajak anak skali deco hehe jgn kecam na.. short video yg sy share ni nk tunjukkan cara sy menggalakkan anak2 sy mengemas bilik mainan dorang.. jd x delah sy penat sgt mengemas hehe.. sy buat contest utk dorang..bio dorang excited..lg excited sebab dpt reward kalau menang.. reward trophy medal ja..medal pakai ja yang kita punya menang sukan dulu2.. trophy kt kedai ada juai rm5 ja.. skali skala bg reward cmni kt dorang pun dorang rasa hepi sgt2..sampai bwk ke tido trophy tu..yg medal tu jgn la bg main sgt..kang tebelit leher..stakat sarung2 cmtu pun dh kembang dorang ni.. hehe apa2 pun terpulang pd cara masing2 sebab hanya ibu bapa yg memahami anak masing2..sekian moga anda bahagia disamping family tersayang

Posted by Nani Idayu on Sunday, February 21, 2016

(Pilih HD untuk paparan lebih menarik.)

Saya buat pertandingan untuk mereka. Biar mereka teruja. Lebih teruja sebab dapat reward apabila menang. Reward trofi dan medal sahaja. Medal pakai yang kita punya menang sukan dulu-dulu. Trofi di kedai ada jual RM5 sahaja.

Sekali sekala beri reward macam ini pada mereka pun buat mereka rasa gembira sangat-sangat. Sampai bawa tidur trofi tu.

Medal jangan bagi main sangat.. kang terbelit leher. Setakat sarung-sarung pun sudah kembang mereka ini hehe.

Sebenarnya idea ini datangnya daripada abah saya, Shamsudin Halili. Semasa kecil abah selalu buat pertandingan-pertandingan untuk kami adik beradik.

Abah selalu buat pertandingan sukan seperti badminton dan ping-pong, dan belikan kami trofi dan medal.

Abah saya sangat kreatif bermain dengan anak-anaknya, dan kini sampai ke cucu-cucunya. Kredit untuk abah saya yang banyak bagi didikan yang kreatif sejak saya kecil lagi.

Sedikit sebanyak cara didikan saya pun mengikut abah saya.

Apa-apa pun terpulang pada cara masing-masing sebab hanya ibu bapa yang memahami anak masing-masing. Sekian, semoga anda bahagia di samping keluarga tersayang.

Hasil deco Puan Nani Idayu pernah dipaparkan dalam artikel Pernah Belajar Bidang Senibina Dorong Pasangan Ini Buat Dekorasi Sendiri Untuk Rumah.