Nama Naqiu Boboy pernah menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu, namun tiba-tiba nama beliau ‘hilang’ lebih sedekad dalam industri muzik tanah air. Kini, setelah 12 tahun berlalu, nama Naqiu Boboy kembali menjadi sebutan dalam kalangan peminat dan rakan artis setelah membuat ‘comeback’ menyertai sebuah rancangan realiti.

Ramai peminat tertanya-tanya dimana dan mengapa beliau telah menghilangkan diri sejak 12 tahun yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaru, menerusi wawancara santai Begitu Begini yang dihoskan oleh DJ Nazz telah menjemput Naqiu untuk berkongsi kisah kejatuhan dan kebangkitan penyanyi lelaki ini dalam industri hiburan yang mungkin ramai tidak tahu.

Dalam temu bual yang berdurasi 15:39 minit ini menyaksikan Naqiu memberitahu tentang kekesalannya pernah jatuh dalam industri muzik. Dia menyalahi kesilapan yang pernah dilakukannya ketika baru berkecimpung di dalam industri muzik tempatan.

Menerutnya, beliau bekerja dengan nama-nama besar seperti Ujang, arwah Aub dan Stone Amuk tetapi tidak megambil sebarang input yang berguna ketika itu. Waktu itu, beliau hanya datang ke studio untuk membuat rakaman seperti yang disuruh tanpa mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan muzik.

“Kalau betul saya nak bertahan dalam bidang ini sepatutnya saya dah kena belajar daripada usia 15 tahun yang lalu. Masa saya umur 15 tahun tu.” ujarnya dalam wawancara tersebut.

Selain itu, Naqiu turut berkongsi pengalaman beliau ketika dilamar pelakon Erra Fazira untuk menjadi artis pertama di bawah naungan syarikat Erra Fazira Entertainment.

Beliau turut menceritakan bahawa Erra Fazira pernah ke rumahnya di Johor dan setelah mendapat persetujuan daripada ibunya, Naqiu di bawa ke Kuala Lumpur untuk mengikuti sesi rakaman di studio NSR.

Apabila ditanya bagaimana pelakon terkenal itu boleh datang ‘melamarnya’, beliau menjawab bahawa abangnya berkerja di dalam syarikat pelakon tersebut dan memintanya untuk merakam satu lagu untuk diberikan kepada Erra Fazira.

Difahamkan, pihak NSR yang turut berada di dalam studio ketika itu tertarik dengan bakat yang dimilikinya lalu berbincang dengan Erra Fazira untuk menubuhkan sebuah band. Hasil daripada perbincangan tersebut, Erra melepaskan beliau ke NSR untuk menubuhkan kumpulan tersebut. Maka terciptalah kumpulan Boboy seperti yang dikenali sehingga sekarang.

Sumber: Oh Bulan!

Naqiu turut berkongsi kehidupannya selepas membuat keputusan untuk keluar dari industri dan menjadi penyanyi di kelab.

Menurutnya lagi, Kebanyakan pembelajaran yang diterima beliau adalah dari kelab. Beliau turut mendedahkan bahawa tujuannya memasuki rancangan realiti Gegar Vaganza ini bukan semata-mata hanya untuk membuat comeback tetapi beliau ingin membuktikan pada senior-senior dalam industri muzik yang pernah menghinanya dahulu bahawa beliau layak untuk berada di dalam industri tersebut.

Naqiu Boboy membuat kemunculan semula dalam rancangan realiti Gegar Vaganza yang berjaya menaikkan kembali nama beliau dalam industri muzik tempatan.

Terdahulu, artis dituduh sebagai penyokong Iluminati gara-gara menutup mata di sebelah kiri. Ketahui maksud sebenar di sebalik gambar tutup mata kiri ini di pautan di bawah.

Artis Dituduh Sokong Iluminati, Ini Maksud Sebenar Di Sebalik Gambar Tutup Mata Kiri

Artis Malaysia Muncul Juara Program Realiti ‘Bigg Boss 3’ Di India

Neelofa Berjaya Merangkul Anugerah ‘Influencer’ Di IAM 2019 Monaco

Sumber