Vlogger terkenal Nas Daily minggu lalu dikritik hebat oleh warga Singapura kerana dilaporkan mendiskriminasikan penduduk Singapura untuk satu peluang pekerjaan di syarikat beliau.

Nas Daily dalam satu posting yang dibuat untuk rakyat Vietnam mahu mencari seorang dari negara tersebut untuk bersama-sama pasukan beliau di Singapura. Individu berkenaan mestilah pandai menghasilkan video serta dapat menyesuaikan diri dengan pasukan Nas Daily.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

“Dear Vietnam, I want to hire a Vietnamese person to join my team IN Singapore”- PAP foreign propagandist Nas…

Posted by The Temasek Review on Tuesday, 13 August 2019

Namun, iklan kerja kosong berkenaan mendapat respon negatif daripada penduduk di Singapura. Mereka berpendapat tujuan sebenar Nas Daily mahu mengambil bukan warganegara Singapura untuk menyertai syarikat beliau adalah kerana faktor gaji. Mereka menuduh Nas Daily mahukan warga Vietnam kerana ianya ibarat cheap labor untuk jawatan tersebut di Singapura.

Tawaran kerja berkenaan juga melanggar undang-undang Tripartite Alliance for Fair and Progressive Employment Practices (TAFEP) di mana setiap tawaran kerja tidak boleh menetapkan terma pemilihan calon dari luar negara untuk sesuatu jawatan yang berpengkalan di Singapura. Jawatan tersebut tidak boleh mendiskriminasikan rakyat Singapura di mana rakyat Singapura juga boleh membuat permohonan untuk jawatan tersebut.

Namun, Nas Daily kemudiannya mengeluarkan kenyataan perihal mengapa beliau mahu seorang rakyat Vietnam menyertai pasukannya. Menurut Nas, tujuan utama beliau mahu orang Vietnam untuk menyertainya adalah kerana beliau mahu mengembangkan laman Nas Daily Tiếng Việt yang akan berpengkalan di Vietnam. Sebolehnya, beliau mahu rakyat tempatan menyertainya kerana mereka lebih tahu tentang budaya negara Vietnam.

Nas Daily Viet

Penjelasan daripada Nas Daily. Kredit gambar: Straits Times

Beliau turut menambah bahawa video yang beliau hasilkan untuk Singapura sudah mendapat capaian 200 juta di seluruh dunia dan capaian itu menurut Nas adalah lebih baik daripada sesetengah filem Hollywood.

Tidak pasti sama ada Nas Daily akan dikenakan tindakan untuk iklan kerja kosong ini kerana isu ini masih dibawah siasatan pihak berkuasa Singapura. Mungkin Nas Daily terlepas pandang tentang betapa ketatnya undang-undang mengambil pekerja di Singapura berbanding negara asalnya.

Anda Mungkin Suka