Dalam satu hantaran yang tular di TikTok, pencipta kandungan dari Israel, Nas Daily sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila cuba berselindung selepas beliau dirakam mengeluarkan kata-kata kesat ke atas negaranya sendiri.

Video yang dirakam oleh Jamel Jimmy dan dimuat naik di akaun TikTok memaparkan Nas Daily bersama-sama dengan beberapa orang teman di salah sebuah bandar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perakam video tersebut kemudiannya bertanya kepada Nas Daily, “Siapa bangsat kamu cakap?” Kemudian dibalas oleh Nas, “Bangsat Israel.” Bagaimanapun beliau cuba berselindung selepas melihat dirinya dirakam oleh lelaki terbabit.

@jimmymontanaa Reply to @nasdaily #foryou #fyp #foryoupage #freepalestine ♬ Emotional Humming – Nasheed

Video yang dimuat naik pada 25 Jun lalu kini mula tular di TikTok. Setakat hari ini, ia telah ditonton sebanyak 6 juta kali dan telah menarik lebih 8,000 komen di akaun TikTok Jimmy.

Kebanyakan pengguna maya mendakwa itulah sikap Nas yang sebenar, seorang yang hipokrit dan talam dua muka. Pengguna maya dari Filipina turut mengutuk Nas yang pernah mencipta kontroversi di negara terbabit.

Bagaimanapun, Nas turut meninggalkan komen di video tersebut yang mendakwa bahawa video yang dimuat naik telah dimanipulasikan oleh Jimmy. Nas mendakwa bahawa dia menyebut bahawa dia adalah orang Palestin Israel, bukannya bangsat Israel.

Namun tiada siapa yang mempercayai Nas dan Jimmy mendakwa bahawa apa yang Nas lakukan hanyalah untuk populariti sahaja.

Perang antara rakyat Filipina dan Nas Daily buat vlogger dari Israel ini hilang ratusan ribu pengikut. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Perang’ Antara Rakyat Filipina Dan Nas Daily Buat Vlogger Dari Israel Ini Hilang Ratusan Ribu Pengikut

Nas Daily Dikecam Kerana Isu Diskriminasi Pemilihan Pekerja Di Singapura

Ini Sebabnya Warga Israel Terlalu ‘Ghairah’ Mahu Melawat Malaysia Meskipun Diharamkan