Nampaknya Nas mendengar rintihan rakyat Malaysia dan beliau berkongsi satu posting khas untuk Rakyat Malaysia. Menerusi perkongsian ini, beliau memberi penjelasan untuk setiap video yang dibuatnya sepanjang di Singapura.

Nas Daily Insert

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam posting berkenaan, Nas menerangkan beliau tidak mempunyai sebarang niat burut terhadap rakyat Malaysia. Setiap konten yang dibuatnya adalah berkenaan perkara yang beliau nampak ‘unik’ untuk dikongsi bersama pengikutnya. Nas menolak beliau ada agenda atau terlibat dengan pihak tersembunyi untuk menjatuhkan Malaysia.

Perkongsian video oleh Nas bukannya tidak bagus cuma ianya bersifat berat sebelah terutamanya untuk video pemanduan rakyat Singapura yang dipuji oleh Nas. Rata-rata tahu bagaimana sikap sebenar rakyat Singapura memandu apabila sampai ke Malaysia.

Menarik apabila perkongsian ini dihadkan hanya untuk penduduk di Malaysia walhal video yang dibuatnya adalah untuk tatapan seluruh dunia. Sepatutnya, jika beliau ingin membuat penjelasan, mengapa tidak posting ini dibuat secara terbuka untuk dibaca oleh semua di seluruh dunia?

Ikhlas atau tidak, kami biarkan anda yang buat penilaian. Ketika ini beliau berada di China meneruskan perkara yang beliau suka; berkongsi kisah di mana beliau berpijak dan video terbaru ini antara yang kami suka. Adakah anda akan terus mengikuti perjalanan Nas selepas ini?

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!