Beberapa hari yang lalu, ikon terkenal Nas Daily memuat naik video yang memuji bagaimana rakyat Singapura memandu kereta. Bagi beliau, rakyat Singapura adalah yang terbaik dalam memandu dan memarkir kereta.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Tetapi disebabkan Nas Daily tidak boleh memasuki Malaysia, beliau tidak tahu perangai sebenar pemandu dari Singapura sebaik sahaja mereka melepasi sempadan Singapura.

Kebanyakkan (bukan semua) pemandu dari Singapura apabila berada di Malaysia, mereka merasakan mereka above the law dan dapat buat apa sahaja. Ini termasuklah memandu lebih had laju, memarkir di kawasan yang tidak sepatutnya dan banyak lagi.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Berita Harian, Sebanyak 61,057 saman membabitkan kenderaan warga asing masih belum dijelaskan dengan 37,506 saman membabitkan warganegara Singapura, sejak tahun 2014.

Ini membuktikan warga Singapura cuma ‘berkelakuan baik’ di negara mereka sahaja. Mungkin Nas masih belum jumpa pemandu Singapura yang kiasu di atas jalan raya. Video di bawah adalah salah satu kes yang mungkin beliau belum sempat alami dan lihat.

Nas Daily mungkin mahu sangat datang ke Malaysia dan ‘terpaksa’ membuat konten video sebegini rupa. Mungkin beliau teringin sangat makan makanan yang sedap belaka di Malaysia tetapi tidak dapat berbuat demikian.

Saya pasti ramai yang pernah mempunyai pengalaman buruk dengan pemandu dari Singapura. Menerusi komen di video Nas ini, warga Singapura sendiri tidak bersetuju dengan video yang dibuat oleh Nas ini. Apakah anda setuju dengan pendapat Nas ini?