Adakah anda sanggup dijadikan ‘bahan ujikaji’ dan menerima bayaran sebanyak £14,000 (~RM74,939)? Perkara yang perlu anda lakukan hanyalah baring di atas katil yang dibina khas dan menonton televisyen atau membaca buku selama 2 bulan. Nampak mudah sahaja kan?

NASA kini sedang mencari sukarelawan yang sesuai untuk eksperimen ini. Untuk pengetahuan anda, ujikaji tersebut dijalankan adalah bertujuan untuk menguji kesan penerbangan angkasa lepas ke atas tubuh manusia.

nasa:vck

Hanya 24 sukarelawan sahaja yang akan dipilih dan tarikh penyertaan menjadi sukarelawan akan ditutup pada 24 Mei 2019 ini. Kajian tersebut akan bermula pada bulan September 2019. Bagi anda yang ingin menghantar permohonan, anda boleh email ke [email protected].

Akan tetapi, salah satu syarat permohonan adalah anda mesti tahu bertutur dalam bahasa Jerman berikutan kajian itu disertai oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan akan dijalankan di Pusat Aeroangkasa Jerman.

Malah, para sukarelawan yang terpilih nanti juga digalakkan untuk membuat permohonan secara dalam talian untuk belajar kemahiran baharu sepanjang kajian tersebut dijalankan.