NASA telah mengumumkan bahawa mereka sedang berusaha untuk menambah ahli baru dalam department angkasawan – kini terdapat 48 anggota yang aktif. Ini juga adalah sebahagian daripada rancangan mereka untuk memperluaskan misi ruang angkasa pada masa akan datang.

Dilaporkan bahawa gaji angkasawan mampu mencecah sehingga RM200,000 sehingga RM300,000 sebulan.

Tetapi apa agaknya ciri-ciri yang dicari oleh NASA untuk menjadi angkasawan?

Permohonan ini dibuka bagi memilih kumpulan angakasawan bagi pertengahan tahun 2021 dan para pemohon akan memulakan latihan di Johnson Space Center di Houstan, Texas.

NASA memerlukan anda untuk mempunyai Master dalam bidang berkaitan, bersedia untuk hidup dan bekerja 400 kilometer di atas Bumi serta menjadi warganegara AS.

“Kami meraikan tahun ke-20 kami di Angkasa Antarabangsa (ISS) tahun ini, dan kami berada di ambang untuk menghantar wanita pertama ke angkasa dan lelaki ke Bulan menjelang 2024,” kata Pentadbir NASA, Jim Bridenstine.

https://twitter.com/JimBridenstine/status/1227304517525438464?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed&ref_url=safari-reader%3A%2F%2Fwww.sciencealert.com%2Fapply-now-nasa-is-looking-for-the-next-generation-of-astronauts

“Bagi segelintir wanita dan lelaki yang sangat berbakat, kami akan mengupah untuk menyertai korps angkasawan kami yang berlainan, ia adalah masa yang luar biasa untuk menjadi angkasawan. Kami meminta semua rakyat Amerika yang layak jika mereka mempunyai apa yang diperlukan untuk memohon mulai 2 Mac.”

Anda perlu mempunyai ijazah Sarjana dalam sains, kejuruteraan atau matematik (STEM) atau dengan menjadi juruterbang pelatih – salah satu jalan yang sering menjadi pilihan ramai. Ijazah perubatan – atau dalam perubatan osteopatik – juga digalakkan untuk memohon.

Calon juga memerlukan pengalaman profesional sekurang-kurangnya dua tahun, atau, jika beliau adalah bekas juruterbang, beliau memerlukan 1,000 jam masa penerbangan untuk memohon.

Dan, buat pertama kalinya, calon akan diminta untuk menyelesaikan ujian atas talian selama dua jam.

Prosesnya dilaporkan sangat teliti dan memerlukan mental yang tinggi. Bayangkan, Januari lalu hanya 11 orang yang lulus manakala 18,000 orang lagi  gagal.

Para pelatih yang terpilih bakal menjalalani kelas di ibu pejabat NASA, antaranya adalah kelas Neutral Buoyancy, robotik, sistem Stesen Angkasa Antarabangsa dan menguji jet latihan T-38 dan mempelajari bahasa Rusia.

Berikut adalah cerita lain mengenai NASA, klik pautan di bawah untuk membaca.

Baru Tiga Hari Jalani Latihan Industri Di NASA, Pelajar Ini Berjaya Temui Rahsia Baharu Alam Semesta

NASA Perkenal Kapal Terbang Elektrik Pertama Dunia

NASA Bakal Bina Tapak Operasi Di Bulan