Asteroid terbesar yang disenaraikan merbahaya akan melintasi Bumi pada tahun 2021 dan akan mencapai titik terdekatnya dengan Bumi pada 21 Mac nanti.

Asteroid dengan nama 2001 FO32 pertama kali ditemui pada 23 Mac 2001. Ia diklasifikasikan sebagai Asteroid Berpotensi Berbahaya (PHA) oleh NASA kerana orbitnya yang hampir dengan Bumi.

Asteroid 2001 FO32 difahamkan mempunyai diameter sekitar 1 km. Walau bagaimanapun, NASA menyatakan bahawa ukuran sebenarnya tidak dapat dipastikan. Berdasarkan data dari cahaya yang dipantulkan oleh asteroid, kemungkinan memiliki diameter antara 0.767 dan 1,714 km.

Pada ukuran itu, 2001 FO32 lebih besar daripada 97 peratus asteroid kecil yang telah diketahui. Namun, ia masih agak kecil jika dibandingkan dengan kelas asteroid gergasi.

2001 FO32 mengorbit Matahari sepenuhnya setiap 810 hari, menurut catatan NASA. Pada jarak terdekatnya, ia akan berada pada jarak 0.3 unit astronomi (AU) dari Matahari, sementara jaraknya 3.11 AU dari Matahari.

Unit astronomi (AU) adalah ukuran jarak berdasarkan pusat Bumi dari pusat Matahari. Satu AU bersamaan dengan 149.6 juta km.

Bagi Bumi, asteroid FO32 2001 hanya berjarak sekitar 2 juta km pada 21 Mac 2020, menurut laporan Earth Sky. Walaupun dari segi jarak, ia tidak kelihatan bahaya, namun ia tetap termasuk dalam kategori asteroid yang berpotensi berbahaya.

Bukan hanya dikira sebagai asteroid terbesar, tetapi juga ia diklasifikasikan sebagai asteroid terpantas di sekitar planet kita pada tahun 2021.

Asteroid FO32 2001 bergerak dengan kelajuan sekitar 123,887 km sejam atau 34,4 km sesaat, berbanding Bumi. Ia lebih pantas daripada Bumi yang bergerak mengelilingi matahari dengan kelajuan sekitar 30 km sesaat.

Earth Sky menyatakan, asteroid ini tidak boleh dilihat menggunakan mata kasar. Ia hanya boleh dilihat dengan menggunakan teleskop berdiameter 8 inci atau lebih besar.

Setelah melalui Bumi pada bulan Mac 2021, asteroid ini bakal menghampiri planet kita pada 31 tahun akan datang, iaitu pada 22 Mac 2052. Namun, jarak terdekat antara asteroid ini dan Bumi hanya akan berlaku setelah 200 tahun akan datang.

Terdahulu, NASA mengkaji asteroid gergasi, dinilai antara yang kaya dengan sumber. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000

Dua Pelajar Berusia 14 Tahun Dedah Ada Asteroid Yang Sedang Dekati Bumi

Netizen Risau Asteroid Gergasi Bakal ‘Menghentam’ Bumi Esok, NASA Minta Semua Bertenang

Sumber