NASA kini dalam misi untuk mengkaji lebih lanjut mengenai asteroid gergasi yang dikatakan mempunyai nilai lebih besar daripada ekonomi dunia. Asteroid yang dikatakan berada di antara Marikh dan Musytari itu difahamkan adalah logam besar yang jika dibawa ke Bumi, mampu untuk memberi kekayaan kepada seluruh umat manusia.

Asteroid gergasi yang dipanggil 16 Psyche selebar 140 batu/226 kilometer  ini dianggarkan bernilai kira-kira $ 10,000 quadrillion atau $ 10,000,000,000,000,000,000 (RM 41,563,418,211,000,000,000) sekitar 10,000 kali ganda ekonomi global. Selain logam, ia dikatakan mempunyai teras besi, nikel dan emas yang bernilai tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kapal angkasa Psyche NASA dilaporkan akan terbang menuju ke asteroid tersebut pada Ogos 2022 dan tiba di asteroid pada 2026. Bagaimanapun, disebabkan beberapa isu yang tidak dapat dielak seperti masalah perisian dan pembangunan, maka misi ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Melalui laman sesawang NASA, tarikh baru untuk misi ini adalah pada Oktober 2023.

Misi ini adalah sebahagian daripada Program Penemuan NASA bagi misi angkasa lepas robotik kos rendah. Kebanyakan asteroid yang ditemui mempunyai permukaan keras berbatu atau berais, tetapi memandangkan 16 Psyche dianggap sebagai asteroid dengan permukaan logam, jadinya misi ini akan lebih terarah kepada memahami mengenai hubungannya dengan teras Bumi.

16 Psyche terletak sekitar 230 juta batu (370 juta kilometer) dari Bumi dan berukuran 140 batu (226 kilometer). Seperti kebanyakan asteroid yang berbatu atau berais, apa yang membuat Psyche lebih istimewa adalah hampir seluruh intinya adalah logam, sama seperti Bumi, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Planetary Science Journal.

Bagi anda yang sudah berkira-kira untuk menjadi jutawan sekiranya NASA berjaya membawa pulang asteroid ini ke Bumi – anda perlu bersikap lebih realistik. NASA dalam kenyataan mereka berkata bahawa kajian ini adalah semata-mata untuk sains dan tidak akan melakukan perlombongan atau merancang untuk menghasilkan wang dari asteroid ini.