Teleskop Angkasa Hubble NASA telah menemui asteroid gergasi yang dianggap luar biasa, berat dan sangat berharga yang dinamakan sebagai “16 Psyche”, ia berada di antara Marikh dan Musytari.

Asteroid gergasi yang diperbuat daripada logam ini dianggarkan bernilai kira-kira $ 10,000 quadrillion atau $ 10,000,000,000,000,000,000 (RM 41,563,418,211,000,000,000) sekitar 10,000 kali ganda ekonomi global pada tahun 2019, lapor Observer.

16 Psyche terletak sekitar 230 juta batu (370 juta kilometer) dari Bumi dan berukuran 140 batu (226 kilometer). Seperti kebanyakan asteroid yang berbatu atau berais, apa yang membuat Psyche lebih istimewa adalah hampir seluruh intinya adalah logam, sama seperti Bumi, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Planetary Science Journal pada Isnin lalu.

Sebilangan besar asteroid terdiri daripada ais dan batu tetapi 16 Psyche terdiri dari 27 quadrillion 2 ratus triliun tan besi dan nikel, ia juga dilaporkan mengandungi emas didalamnya.

“Kami telah melihat meteorit yang kebanyakannya logam, tetapi Psyche mungkin unik kerana ia mungkin asteroid yang lahir sepenuhnya dari besi dan nikel,” kata Tracy Becker, salah seorang penulis kajian dan saintis di Southwest Research Institut di San Antonio, Texas.

Difahamkan, untuk mengenal dan melihat lebih dekat asteroid gergasi ini, NASA dilaporkan akan mengirim kapal angkasa ke sana pada Ogos 2022 bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai inti dan dasarnya, lapor The New York Post.

Becker menambah, “Apa yang membuat Psyche dan asteroid lain begitu menarik ialah mereka dianggap sebagai blok bangunan sistem suria. Untuk memahami apa yang sebenarnya membentuk planet dan berpotensi melihat bahagian dasar planet ini adalah sesuatu yang sangat menarik.

“Sebaik sahaja kita sampai di Psyche, kita benar-benar akan memahami apakah masalahnya, biarpun jika itu akan mengubah apa yang kita harapkan. Setiap kejutan, selalu menggembirakan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Lad Bible.

Bagi anda yang sudah berkira-kira untuk menjadi jutawan sekiranya NASA berjaya membawa pulang asteroid ini ke Bumi – anda perlu bersikap lebih realistik.

NASA dalam kenyataan mereka berkata bahawa kajian ini adalah semata-mata untuk sains dan tidak akan melakukan perlombongan atau merancang untuk menghasilkan wang dari asteroid ini.

Terdahulu, NASA menawarkan RM85,000 kepada sesiapa yang berjaya mencipta tandas. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Tawar RM85,000 Kepada Sesiapa Yang Berjaya Mencipta Tandas Dan Ini Adalah Syaratnya

Status Biasiswa NASA Meragukan, Azhar Ali Akhirnya Mengaku Ia Tidak Benar

NASA Kongsi Imej Perbezaan Kawasan Hutan Di Antara Sarawak Dan Brunei