Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak NASA untuk sentiasa lebih dekat bersama orang ramai. Antaranya kolaborasi bersama Heron Preston dan Mercer Amsterdam untuk menghailkan produk fesyen seperti pakaian, kasut dan aksesori. Terbaru, NASA telah mengumumkan kolaborasi bersama Anicorn.

Bersempena dengan ulang tahun NASA yang ke-60, kolaborasi NASA dan syarikat pengeluar jam tangan dari Hong Kong, Anicorn akan mengeluarkan jam tangan edisi terhad.

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

Hanya 60 utas jam tangan sahaja yang akan dijual di pasaran. Setiap pembelian jam tangan ini akan disertakan dengan kotak khas beserta dengan waranti dan kordinat Kennedy Space Center di Florida yang terpahat pada tembaga.

Menariknya, keunikan jam ini terletak pada seramik bulat yang akan berputar menunjukkan jam. Warna putih dijadikan tema jam ini dan dihiasi dengan jahitan warna merah untuk nama ‘NASA’ tali jam. Cool bukan?

anicorn_nasa_watch_6

nasanicorn

Anda Mungkin Suka