NASA kini mahu mengupah individu yang sanggup untuk hidup dalam simulasi kehidupan di Mars selama setahun. Mereka yang lulus akan mendapat latihan mendalam mengenai bagaimana rasanya menjadi angkasawan yang ditempatkan di planet Marikh untuk misi jarak jauh.

Misi simulasi, yang disebut Crew Health and Performance Exploration Analog (CHAPEA) dirancang sebagai ujian bagi menghadapi cabaran, rintangan dan kesukaran ketika berada di planet Marikh. “Analogi ini sangat penting untuk mencari penyelesaian bagi memenuhi keperluan hidup yang kompleks di permukaan Marikh,” kata saintis teknologi makanan utama Grace Douglas dari Pusat Angkasa Johnson NASA di Houston.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Program CHAPEA merangkumi tiga misi analog, yang pertama dalam fasa pemilihan, kemudian misinya akan bermula pada musim gugur 2022 dan lanjutan daripada projek ini akan berlangsung pada tahun 2024 dan 2025.

Dalam simulasi yang dijalankan sepanjang tahun ini, empat anak kapal akan tinggal dan bekerja di Mars Dune Alpha. Ini kawasan habitat seluas 160 meter yang diasingkan di Johnson Space Center. Kawasan yang dirancang oleh firma seni bina BIG-Bjarke Ingels Group ini akan menempatkan kru untuk mereka menangani pelbagai tugas dan masalah.

Untuk menjadi sukarelawan ini, NASA mengharuskan anda untuk menjadi warganegara Amerika Syarikat. Mempunyai tubuh badan yang sihat serta bermotivasi tinggi, berusia 30 hingga 55 tahun dengan keinginan yang kuat untuk bertualang. Keperluan lain adalah tidak merokok, mahir berbahasa Inggeris, dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang relevan – termasuk ijazah sarjana atau setaraf, selain dua tahun pengalaman profesional – atau mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 jam penerbangan sebagai juruterbang.

Di Mars Dune Alpha, setiap anak kapal akan mendapat ruang mereka sendiri. Di tempat lain, susun atur merangkumi kawasan kerja, stesen tumbuh-tumbuhan, bilik perubatan, dapur, ruang kecergasan, dan ruang tamu bersama. Sistem pencahayaan, suhu dan bunyi semuanya boleh disesuaikan. Manakala kebanyakan perabot mampu dipindahkan bagi membantu kru menyesuaikan diri dengan keperluan mereka.

NASA buka kerja kosong dengan gaji minimum RM200,000 dan berikut adalah syarat-syaratnya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Buka Kerja Kosong Dengan Gaji Minimum RM200,000 Dan Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

Baru Tiga Hari Jalani Latihan Industri Di NASA, Pelajar Ini Berjaya Temui Rahsia Baharu Alam Semesta

NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000