Baru-baru ini, pasukan Advanced Air Mobility (AAM) NASA telah melakukan ujian penerbangan pembangunan dengan sebuah syarikat teksi udara, Joby Aviation di fasilitinya pada 10 September lalu.

Ini merupakan kali pertama NASA menguji pesawat eVTOL yang menjadi sebahagian daripada Kempen Nasional untuk meningkatkan keyakinan orang ramai dan mempercepatkan pasaran penerbangan pengangkutan penumpang dan kargo di kawasan bandar, pinggir bandar, luar bandar dan wilayah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketika ujian tersebut dibuat, NASA telah mengumpulkan maklumat bagaimana kenderaan tersebut bergerak, berbunyi dan cara ia berkomunikasi dengan pengawal (controller).

Pasukan AAM menggunakan kemudahan akustik mudah alih dan membina lebih daripada 50 mikrofon untuk mengukur profil bunyi pesawat Joby (dikuasakan 6 motor elektrik) dalam fasa penerbangan yang berbeza.

Dalam masa yang sama, NASA juga mengumpulkan prestasi kenderaan dan data akustik untuk digunakan dalam pemodelan dan simulasi konsep ruang udara masa depan.

Ujian ini akan membantu mereka mengenal pasti jurang dalam peraturan dan dasar semasa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan untuk membantu memasukkan pesawat AAM ke dalam Sistem Ruang Udara Nasional.

Menurut NASA, mereka percaya bahawa pesawat eVTOL bakal berfungsi sebagai teksi udara buat orang ramai yang tinggal di kawasan bandar serta daerah sekitarnya di seluruh negara.

Sekaligus menjadikan kenderaan tersebut sebagai satu lagi pilihan pengangkutan untuk memindahkan orang dan barangan pada masa akan datang.

Pada masa sama, sistem ini turut merangkumi pesawat-pesawat udara lain seperti dron pengiriman barangan dan kenderaan pengangkutan perubatan.

Dalam satu perkembangan lain, NASA memberi dua pilihan sekiranya anak kapalnya mati di angkasa lepas, dibiarkan terapung atau dimakan oleh angkasawan yang lain.

Misi Ke Marikh Tahun 2024, NASA ‘Benarkan’ Angkasawan Jadi Kanibalisme

‘Rover’ Bersejarah NASA Di Marikh Dikawal Oleh Saintis Ini Di Rumahnya Sahaja