Nampaknya NASA tidak terlepas daripada ‘dipetik’ oleh peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) ketika keluarnya trailer rasmi pertama Avengers: Endgame beberapa hari yang lalu.

Dalam trailer berkenaan, dapat dilihat Tony Stark sedang ‘sesat’ di angkasa lepas dan sedang cuba berhubung dengan sesiapa sahaja di bumi. Disebabkan situasi berkenaan, peminat Marvel ‘merayu’ untuk NASA menyelamatkan Tony Stark supaya beliau boleh kembali ke bumi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/davelynoel/status/1071927190344716289

Ianya hanyalah satu gurauan tetapi NASA tetap memberi respon terhadap permintaan peminat Marvel. NASA menasihati Marvel untuk cuba mencari isyarat daripada Tony Stark terlebih dahulu dan jika tidak berjaya, Marvel perlu menggunakan segala sumber yang ada di bumi untuk mengesan isyarat Tony Stark di angkasa.

Ini menunjukkan pihak NASA juga merupakan peminat Marvel dan sudi meluangkan masa untuk melayan karenah peminat Marvel. Ianya juga satu pendekatan yang baik serta santai daripada NASA untuk menarik minat orang luar mengenali dengan lebih lanjut tentang angkasa lepas. Terbaiklah NASA!